Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Friday, January 4, 2008

Puisi Tradisional

PANTUN ENAM KERAT

MAKSUD

1. Rangkap 1 -
cita -cita harus diutamakan di samping berani menghadapi apa-apa sahaja masalah dan rintangan demi memenuhi hajat di hati.
2. Rangkap 2 -
bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi dianggap tidak berguna lagi begitulah juga halnya dengangadis yang sudah rosak akhlaknya .
3. Rangkap 3 -
usaha yang gigih amat penting untuk menambah harta atau untuk mencapai kejayaan dan alam dapat dijadikan panduan hidup.
4. Rangkap 4 -
kehilangan tempat bergantung harap menyebabkan kesusahan atau keadaan hidup yang tidak menentu kerana tidak tahu ke mana hendak mengadu.

ISI DAN PERSOALAN

1. Keberanian menempuh dugaan dan cabaran untuk mencapai cita-cita.
2. Orang yang rosak akhlaknya dianggap tidak berguna lagi.
3. Pentingnya kegigihan untuk mencapai kejayaan dan kesenangan dengan menjadikan alam sebagai sumber pengetahuan.
4. Kehilangan tempat bergantung menyebabkan kesusahan dan keadaan hidup yang tidak menentu

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN

1. Empat rangkap
2. Enam baris serangkap
3. Ada pembayang dan maksud .
4. Tiga hingga enam patah kata sebaris .
5. Lapan hingga sebelas suku kata sebaris .
6. Bentuknya terikat / tidak bebas .
7. rima akhirnya abcabc

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata yang indah .Contohnya; penakik pisau raut, setitik dijadikan laut
2. Bahasa kiasan .Contohnya ; telah patah tempat berpijak.
3. Perlambangan .Contohnya; bunga kembang sudah pun layu.
4. Sinkof .Contohnya; keris lembing aku tak takut.
5. Asonansi .Contohnya; jika tak maut merana juga (ulang vokal ?a?)
6. Aliterasi .Contohnya; telah patah tempat berpijak (ulang konsonan ?t?)

NILAI

1. Keberanian. Contohnya berani menempuh dugaan demi mencapai cita -cita.
2. Kegigihan . Contohnya gigih berusaha untuk menambah harta atau mencapai kejayaan
3. Berdikari .Contohnya terpaksa berusaha sendiri selepas hilang tempat bergantung.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran demi mencapai cita-cita.
2. Kita hendaklah berhati -hati sebelum terlambat.
3. Kita harus gigih berusaha utk berjaya .
4. Kita hendaklah tabah menghadapi sebarang dugaan hidup

PANTUN LAPAN KERAT

MAKSUD

1. Rangkap 1 -
seseorang yang mengharap kasih orang walaupun kecewa tetapi tetap bersyukur atas ketetapan Allah
2. Rangkap 2 -
segala rancangan yang sudah diatur dengan teliti sebagaimana yang dirancang maka hasilnya perlulah dinikmati bersama-sama / menghormati tetamu
3. Rangkap 3 -
menasihati sesiapa yang pergi merantau agar pandai membawa diri dengan memelihara pertuturan dan kelakuan kerana tidak ada saudara mara yang boleh diminta pertolongan

ISI DAN PERSOALAN

1. Bersyukur atas ketentuan Allah walaupun sekadar mengharap belas kasihan orang.
2. Bersatu hati dalam melakukan sesuatu agar semua yang dirancang elok dan sama-sama menikmati hasilnya/ tatatertib ketika menghadap hidangan
3. Perihal kebijaksanaan seseorang yang pandai menyesuaikan diri di rantau orang

GAYA BAHASA

1. Anafora (pengulangan di awal baris).
Contohnya;Tiada saudara tempat mengadu Tiada saudara tempat berunding
2. Personifikasi .
Contohnya; penganan mulia
3. Asonansi.
Contohnya ;Tampak dari tanah seberang (pengulangan vokal ?a?)
4. Aliterasi .
Contohnya; Berkejar-kejaran anak rusa (pengulangan konsonan ?r?)

NILAI

1. Kesyukuran .
Contohnya; bersyukur atas ketentuan Allah kerana mungkin ada kebaikan di sebalik sesuatu kejadian.
2. Simpati.
Contohnya; bersimpati terhadap orang-orang yang bernasib malang
3. Semangat bermasyarakat .
Contohnya ; berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
4. Kerjasama.
Contohnya ; tolong -menolong dan berusaha bersama-sama dalam menjalankan tugas.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersyukur atas ketentuan Allah tanpa menyalahkan takdir
2. Kita hendaklah menyesuaikan diri dengan bergaul dengan masyarakat apabila berada di rantau orang.
3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu agar kejayaan dapat dinikmati bersama-sama.

SYAIR JONG PECAH

1. Rangkap 1 - Syair ini disampaikan sebagai renungan kita bersama

2. Rangkap 2 - Pada zaman dahulu ,negara kita mempunyai rakyat yang bijaksana, gagah perkasa ,dan bersatu padu dalam keaadaan aman

3. Rangkap 3 - Walaupun ada musuh yang menyerang ,kedaulatan negara kita terjamin kerana rakyatnya bersatu padu

4. Rangkap 4 - Namun demikian, tiba suatu masa kedaulatan negara tergugat kerana rakyat bertelagah sesama sendiri hingga negara asing menjajah

5. Rangkap 5 - Penjajahan pun berlaku mengakibatkan maruah kita tercemar, sistem politik serta ekonomi runtuh dan kita senantiasa dilanda kesedihan

6. Rangkap 6 - Sepanjaang penjajahan selama 446 tahun ,kita kehilangan identiti , budaya dan maruah .

7. Rangkap 7 - Pahlawan silih berganti berjuang menuntut kemerdekaan , ada yang terkorban dan jasa mereka semakin lama dilupakan

8. Rangkap 8 - Sudah sampai masanya rakyat bersatu padu dan berkorban membebaskan negara daripada penjajahan

9. Rangkap 9 - Selama 33 tahun selepas mencapai kemerdekaan ,sudah banyak kejayaan yang dapat kita dicapai

10. Rangkap 10 - Kita mestilah hidup bersatu kerana perpecahan akan memberikan peluang pada orang/ negara lain untuk mengaut keuntungan .Negara pula mencatat titik hitam dalam lipatan sejarah

11. Rangkap 11 - Penyair berdoa semoga Tuhan yang Maha Pemurah dapat menganugerahkan keteguhan iman dan perpaduan supaya negara aman sepanjang masa

1. Rangkap 12 - Semoga syair ini dapat menjadi renungan kita bersama .Semoga bangsa kita bersatu padu dan negara kita senantiasa kukuh

ISI DAN PERSOALAN

1. Perpaduan penting untuk keamanan negara .
2. Kedaulatan negara tergugat jika rakyat tidak bersatu padu
1. Penjajahan memungkinkan negara kehilangan identiti , budaya ,ilmu dan maruah
2. Perpecahan menguntungkan pihak lain .

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

1. 12 rangkap
2. 4 baris serangkap
3. semua rangkap adalah maksudnya .
4. 3 hingga 5 patah kata sebaris .
5. 9 hingga 15 belas suku kata sebaris .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah . Contoh ;politik rebeh ekonomi rebah .
2. Metafora. Contoh ; setandus gurun.
3. Repitasi. Contoh ; bangkit pahlawan demi pahlawan
4. Perlambangan .Contoh ; hitamlah tanda dalam sejarah .
5. Anafora .Contoh ; entah di mana salah dan silap ,entah siapa lalai dan lelap .
6. Asonansi. Contoh ; negara dan bangsa menempa nama (pengulangan vokal ?a?)
7. Aliterasi. Contoh ; sebuah syair saya sajikan (pengulangan konsonan ?s?)

NILAI

1. Bersatu padu . Contohnya , mempertahankan kedaulatan negara
2. Cinta akan tanah air. Contohnya , sanggup berjuang serta berkorban untuk menuntut kemerdekaan negara

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersatu padu dan berkorban demi keamanan negara
2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada bersengketa kerana persengketaan akan meruntuhkan negara
3. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

SYAIR KELEBIHAN ILMU

MAKSUD

1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.

2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana saja.

3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi sahabat ,dan menjadi teman yang memberikan panduan semasa mengembara. Dalam masyarakat,ilmulah yang membezakan seseorang daripada yang lain .

4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan selepas seseorang itu mati atau menjadi bekalan di alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu.

5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala.Ilmu yang merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu seseorang mencapai cita-citanya.

6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang bijaksana amat ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangat luas dan tiada batasnya.

ISI DAN PERSOALAN

1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan .
2. Besarnya manfaat ilmu kepada seseorang .
3. Luasnya bidang ilmu tiada batasnya .
4. Pentingnya ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

1. Enam rangkap.
2. Empat baris serangkap
3. Semua rangkap adalah maksud
4. Empat hingga enam patah kata sebaris
5. Sembilan hingga dua belas suku kata sebaris

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi)yang indah .Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur.
2. Repitasi . Contohnya, hias senjata si polan si polan.
3. Perlambagan. Contohnya , kandil (bekalan)
4. Pengulangan kata sendi. Contohnya, di laut, di darat, di rimba, di pekan
5. Anafora . Contohnya , Ia penerang jalan ke syurga ;Ia pemuas tekak yang dahaga
6. Bahasa kiasan. Contohnya , Ialah sungai ialah telaga, laut yang luas ialah juga.
7. Asonansi. Contohnya , Ia pemuas tekak yang dahaga (pengulangan vokal ?a?)
8. Aliterasi. Contohnya , sebuah dunia belinya bukan (pengulangan konsonan vokal ?b?)

NILAI

1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut ilmu supaya dapat menjadi panduan dalam kehidupan
2. Kegigihan. Contohnya berusaha dan gigih menuntut ilmu.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu amat berguna sama ada semasa kita hidup atau pun selepas kita mati
2. Kita hendaklah menghargai ilmu kerana ilmu amat tinggi martabatnya
3. Kita hendaklah menggunakan ilmu untuk mencapai cita-cita.

GURINDAM MEMELIHARA ANGGOTA DAN HATI DARIPADA KEJAHATAN

MAKSUD

1. Rangkap 1 -Apabila dapat menjaga pandangan / penglihatan dengan baik, maka keinginan / kehendak melakukan sesuatu akan terbatas

2. Rangkap 2 -Apabila pendengaran kita terjaga , kita akan dapat mengelak daripada mendengar perkara yang tidak baik seperti fitnah dan kata-kata keji.

3. Rangkap 3 -Sekiranya seseorang itu dapat mengawal percakapan , dia akan mendapat kebaikan yang banyak.

4. Rangkap 4- Apabila dapat menjaga perlakuan atau perbuatan dengan baik maka perbuatan jahat dapat dielakkan

5. Rangkap 5- Hati ialah alat yang paling penting bagi seseorang .Hati yang kejam membawa kehancuran kepada seseorang.

6. Rangkap 6- Sekiranya perasaan dengki telah sebati dalam diri seseorang, berlakulah pelbagai perbuatan yang jahat.

7. Rangkap 7- Banyak orang yang dipandang hina kerana tidak berfikir sebelum bercakap ,sama ada percakapan yang menghina atau memuji seseorang

8. Rangkap 8- Kemarahan hendaklah dielakkan kerana akan mengakibatkan seseorang tidak dapat menggunakan akal fikiran / hilang pertimbangan

9. Rangkap 9- Percakapan yang tidak benar / berbohong hendaklah dielakkan kerana akan membawa keburukan kepada diri sendiri atau mendedahkan kelemahan diri.

ISI DAN PERSOALAN

1. Pentingnya memelihara penglihatan dan pendengaran untuk megelakkan kejahatan.
2. Sikap dengki membuka ruang untuk melakukan kejahatan yang lain .
3. Berkata kata tanpa berfikir terlebih dahulu akan merosakkan diri.

BENTUK DAN CIRI -CIRI GURINDAM

1. Sembilan rangkap .
2. Dua baris serangkap .
3. Dua hingga enam patah sebaris .
4. Lapan hingga empat baris suku kata sebaris .
5. Rima akhirnya aa.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi ) yang indah . Contohnya ;bertanah , tergelincir .
2. Pengulangan kata pada awal rangkap .Contohnya ;Apabila (Rangkap l,2dan 3)
3. Perlambangan. Contohnya; hati itu kerajaan di dalam tubuh .
4. Asonansi. Contohnya; khabar yang jahat tidaklah damping (pengulangan vokal ?a?)
5. Aliterasi.Contohnya ;nescaya dapat daripadanya faedah [pengulangan konsonan ?d?]

NILAI

1. Berhati-hati. Contohnya , berhati-hati sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Baik hati. Contohnya , elakkan perasaan dengki akan orang lain .
3. Kejujuran. Contohnya ,bercakap benar sepanjang masa.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memelihara pandangan mata daripada melihat perkara yang tidak baik
2. Kita hendaklah menjaga hati kerana hati adalah pengawal tingkah laku .
3. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada sifat dengki kerana sifat ini meyebabkan berlakunya kejahatan .
4. Kita hendaklah menghindari sifat marah kerana marah akan menyebabkan hilangnya pertimbangan yang waras .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada suka berbohong kerana berbohong akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

SELOKA PANDAI PAK PANDIR

MAKSUD

? Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri , sebaliknya menyanjung orang luar.

? Pak Pandir membuat kerja yang sia - sia dan merugikan .

? Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin . Sebagai akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta kecuali dirinya sendiri.

? Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-siakannya

? Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya hingga orang boleh terpedaya

? Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan apa-apa hasil, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau meneima akibatnya .

ISI DAN PERSOALAN

1. Kebodohan merugikan diri sendiri .
2. Sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari kemampuan diri.
3. Sikap tamak membawa rugi.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA

1. Tujuh belas baris .
2. Tiga hingga patah sebaris .
3. Tujuh hingga sepuluh suku kata sebaris .
4. Bentuknya bebas .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.
2. Anafora. Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram
3. Sinkof. Contohnya : tak sedar bertelanjang.
4. Peribahasa .Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
5. Paradoks. Contohnya: kucing diburu tikus dibela
6. Repitasi. Contohnya. orang berbunga dia berbunga
7. Asonasi. Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokul ?u?)
8. Aliterasi. Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan ?g?)

NILAI

1. Rasional. Contohnya ,berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.
2. Berhati-hati. Contohnya, berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah.
2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti
3. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan merugikan diri sendiri.
4. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu,lazimnya tersembunyi niat yang jahat.
5. Kita hendaklah teliti dalam menghadapi kerenah manusia kerana sesetengah manusia hanya berpura-pura baik di hadapan kita tetapi sebaliknya dia berniat serong atau jahat


Puisi Moden/Sajak

TUKANG GUNTING

MAKSUD.

? Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang gunting di bawah sebatang pokok semarak api.
? Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting , sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah bangku berkaki tiga .
? Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan bersemangat.Semasa menunggu kedatangan pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman remajanya yang telah berlalu di samping memikirkan rancangan masa depannya .
? Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk menanggung seorang isteri dan empat orang anaknya .

TEMA.

? Kegigihan golongan bawahan mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.

PERSOALAN.

1. Suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
2. Kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba .
3. Keyakinan untuk menghadapi masa hadapan dengan pekerjaan sebagai tukang gunting .

BENTUK.

1. Lima rangkap.
2. Lima dan enam baris serangkap .
3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.
4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi. Contohnya: di lumpur sungai manusia ( pengulangan vokal ?u?)
2. Aliterasi. Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya ( pengulangan konsonan ?k?)
3. Anafora (pergulangan di awal baris ) Contohnya :di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia
4. Metafora. Contohnya : sungai manusia , perahu hidup .
5. Simile. Contohnya : seperti semarak api, begitulah semarak hatinya .
6. Personifikasi. Contohnya : menyikat remajanya , merapikan tuanya.

NILAI

1. Kasih sayang .
Contohnya, tukang gunting sangat sayang akan keluarganya hingga sanggup dia berusaha gigih mencari rezeki untuk menanggung kehidupan mereka.
2. Kerajinan .
Contohnya ,tukang gunting bekerja setiap hari walupun pendapatan tidak lumayan
3. Ketabahan .
Contohnya , tukang gunting tabah menhadapi pelbagai kesusahan hidup kerana pendapatan tidak tetap
4. Berdikari.
Contohnya , berusaha sendiri mencari nafkah dengan menjadi tukang gunting
PENGAJARAN

1. Kita mestilah berusaha mencari rezeki dengan melakukan apa - apa sahaja pekerjaan yang halal walaupun pekerjaan itu mungkin di pandang rendah oleh orang lain.
2. Kita mestilah melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan rajin kerana rezeki daripada kerja yang ikhlas akan diberkati oleh Allah .s.w.t.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan isteri dan anak -anak.

KEINDAHAN YANG HILANG

MAKSUD

? Keindahan dan ketenangan alam sekitar telah hilang akibat daripada pencemaran. Kawasan yang dahulunya menghijau dan damai dengan air sungai yang mengalir tenang kini hanya tinggal kenangan.
? Keadaan itu sangat menyedihkan penghuni alam yang dilambangkan oleh burung undan tua yang berbunyi lemah menandakan kesedihan hati.
? Melalui penguasaan teknologi, manusia mampu menjelajah ke angkasa lepas. Namun, manusia menjadi leka sehingga lupa untuk melindungi alam sekitar daripada pencemaran.
? Pemodenan yang tidak terancang akan memusnahkan keindahan dan kedamaian alam sekitar. Kini, alam sekitar dan sungai tidak lagi indah.

TEMA

? Keindahan dan kedamaian alam yang musnah dan tercemar akibat aktiviti pembangunan / pemodenan yang tidak terancang

PERSOALAN

1. Penerokaan kawasan hutan untuk tujuan pembangunan akan menyebabkan pencemaran dan seterusnya memberikan kesan buruk kepada kehidupan.
2. Kemusnahan alam sekitar menyebabkan generasi akan datang tidak dapat menikmati keindahan dan kedamaian alam.
3. Kemajuan ilmu dalam bidang sains dan teknologi yang menyebabkan manusia dapat mencipta pelbagai alat-alat moden hingga mampu meneroka ke angkasa lepas.

BENTUK

1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Dua hingga enam baris serangkap
3. Empat hingga tujuh patah kata sebaris.
4. Sembilan hingga 19 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonasi.
Contohnya; lesu berapungan di air lalu (pengulangan vokal ?u?)
2. Aliterasi.
Contohnya; renik-renik mengirai bulu carik (pengulangan konsonan ?r?)
3. Inversi.
Contohnya; erat bertaut cinta kasih (sepatutnya cinta kasih bertaut erat)
4. Metafora.
Contohnya; malam lara, menara kasih.
5. Personifikasi.
Contohnya; bulan tiada lagi mendandan wajah, malam hiba dadanya ungu luka, airnya bengis melanda.

NILAI

1. Kecekalan / Ketabahan.
Contohnya , hidupan rimba tabah menghadapi kesusahan hidup akibat alam sekitar yang menjadi habitat mereka telah tercemar.
2. Kebijaksanaan.
Contohnya, manusia mampu menguasai bidang teknologi sehingga mampu mengkaji pelbagai rahsia di angkasa lepas.
3. Keyakinan diri.
Contohnya, yakin dengan ilmu yang dimiliki, manusia mampu meneroka ke angkasa lepas.
4. Kesyukuran.
Contohnya, menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan berusaha untuk memuliharanya.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah merancang proses pembangunan supaya tidak berlaku kemusnahan alam sekitar.
2. Kita hendaklah menguasai bidang sains dan teknologi dan menggunakannya untuk kesejahteraan manusia sejagat.
3. Kita mestilah berusaha memelihara alam dan mengelakkan pencemaran alam.
4. Kita hendaklah cinta akan alam sekitar agar keindahan dan kedamaian serta habitat hidupan terpelihara
5. Kita hendaklah bersyukur kerana semua yang ada merupakan ciptaan tuhan

DI KOTA KECILKU

MAKSUD

? Ketika penyajak pulang ke kampung halamannya melalui padang Speedy dan terus ke Durian Sebatang , dia terkenang akan masa lampau.
? Di daerah kecil itulah penyajak mula menuntut ilmu bersama dengan teman -temannya. Ayah dan emak penyajak berkorban untuk menyekolahkannya.
? Penyajak melihat sekolah lamanya sudah jauh berubah.Di sekolah itulah dia pernah mendapat kejayaan yang cemerlang dengan mendapat pangkat 1 tetapi ayahnya yang mungkin kurang berpendidikan seolah-olah tidak menunjukkan rasa bangga dengan kejayaan itu.
? Penyajak sedar bahawa dia mula mengenal kehidupan di situ.Walaupun kini dia telah berpindah ke tempat lain, namun dia tetap menyimpan perasaan rindu akan tempat berkenaan.

TEMA

? Kerinduan terhadap masa silam yang penuh kenangan.

PERSOALAN

1. Pengorbanan ibu bapa memberikan pelajaran sentiasa dikenang oleh anak -anak yang tahu mengenang jasa.
2. Keakraban rakan sebaya pada zaman persekolahan akan senantiasa dikenang sehingga dewasa.
3. Pengorbanan guru yang mendidik anak-anak muridnya hingga berjaya.
4. Rasa cinta pada kampung halaman walaupun telah berhijrah.

BENTUK

1. Terdiri daripada 4 rangkap.
2. 6 baris hingga 8 baris serangkap.
3. 1 hingga 5 patah kata sebaris.
4. 2 hingga 11 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi.
Contohnya ; sesaat tiba di muka sekolah (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya ;di sini anak belasan tahun (pengulangan konsonan ?n?)
3. Pengulangan kata di awal baris.
Contohnya ;di sini aku pulang, di sini anak belasan tahun.
4. Sinkof.
Contohnya; kulewati kota kecilku.
5. Simile.
Contohnya ;detik itu datang bagai mimpi.
6. Inversi.
Contohnya; meski berubah pandangan (sepatutnya meski pandangan berubah)

NILAI

1. Kerajinan.
Contohnya , rajin dan gigih belajar hingga berjaya dalam pelajaran
2. Kasih sayang.
Contohnya, penyajak sangat sayang akan kampung kelahirannya , teman - temannya dan ibu bapanya yang telah banyak berkorban .
3. Kecekalan / ketabahan.
Contohnya , penyajak tabah menghadapi pelbagai rintangan untuk menuntut ilmu sehingga mampu mencapai kejayaan.
4. Mengenang jasa atau budi.
Contohnya , penyajak senantiasa mengenang jasa ibu bapa dan gurunya

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih menuntut ilmu sehingga berjaya
2. Kita hendaklah mengenang jasa guru dan membalas jasa ibu bapa yang telah mendidik kita menjadi insan berguna.

SEJARAH

MAKSUD

? penyajak menyatakan bahawa sejarah berlaku pada masa dan tempat yang tertentu dan akan berlalu apabila tiba masanya
? sejarah mencatat pelbagai peristiwa yang benar, termasuklah kisah kejatuhan pemimpin zalim / diktator yang pernah berkuasa.
? walaupun sesuatu kejadian semakin dilupakan tetapi sejarah yang telah berlalu itu menimbulkan kesedaran untuk membuat pertimbangan semasa membuat sebarang keputusan / dapat dijadikan iktibar
? walaupun sejarah (aku) dikatakan tidak penting tetapi sepanjang riwayat hidup , sejarah tetap berlaku.
? sejarah tetap akan merakamkan segala peristiwa sebab sejarah tidak dapat dihalang dan tidak akan menipu.

TEMA

? Sejarah yang tetap akan berlaku serta tidak boleh dihalang.

PERSOALAN

1. Sesuatu peristiwa yang berlaku akan kekal sebagai sejarah
2. Sejarah tidak pernah menipu atau berbohong
3. Peristiwa sejarah dapat dijadikan iktibar.
4. Manusia boleh melakukan perubahan untuk mencipta sejarah.

BENTUK

1. Terdiri daripada 5 rangkap.
2. 3 baris hingga 8 baris serangkap.
3. 1 hingga 6 patah kata sebaris.
4. 5 hingga 14 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Aliterasi.
Contohnya; kerana sejarah itu simpang siur (pengulangan konsonan ?s?)
2. Asonansi.
Contohnya; tapi detik ini maha penting (pengulangan vokal ?i?)
3. Pengulangan kata.
Contohnya; pada tempatnya,pada waktunya,pada ukuran keutamaan.
4. Metafora.
Contohnya; sungai marah,air peristiwa.
5. Sinkof.
Contohnya; kewujudanku.
6. Personifikasi.
Contohnya; batu pada sungai marah.
7. Inversi.
Contohnya; juga akan tenggelam (sepatutnya akan tenggelam juga)

NILAI

1. Ketabahan.
Contohnya , kita mesti tabah menerima sesuatu peristiwa,terutamanya peristiwa sedih.
2. Kebijaksanaan.
Contohnya , penyajak digambarkan sebagai orang yang bijak belajar daripada peristiwa sejarah.
3. Keberanian.
Contohnya , walaupun penyajak menganggap dirinya kerdil dan tiada kedudukan tetapi dia tetap berani berjuang menentang kezaliman.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengingati peristiwa bersejarah kerana kita dapat iktibar daripadanya.
2. Kita mestilah berusaha mencipta sejarah yang baik.
3. Seorang pemerintah hendaklah adil semasa memerintah.
4. Kita mestilah berani menentang ketidakadilan

DUHAI PENTAFSIR

MAKSUD

? Penyajak mencari pentafsir (pembimbing) yang dapat memimpinnya ke jalan yang benar
? Setelah penyajak semakin tua, dia mula insaf dan menyedari segala segala kesilapannya. Dia teringat segala dosa-dosa yang telah dilakukan semasa muda. Dia ingin bertaubat tetapi tidak tahu cara-caranya dan belum menemui hidayah.
Oleh sebab itu , kehidupannya penuh keresahan.
? Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat pendidikan agama yang cukup sejak kecil.
? Penyajak sedar akan keadaan dirinya yang semakin tua dan kekuatan fizikalnya yang semakin berkurangan. Dia berasa masa semakin suntuk, menyebabkan dia berusaha untuk mencari pembimbing secepat mungkin.

TEMA

? Orang yang kehilangan arah atau mencari hidayah setelah lama menikmati kehidupan di dunia ini

PERSOALAN

1. Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan .
2. Pentingnya ilmu agama dalam menjalani kehidupan di dunia .
3. Kesedaran untuk medekati Allah s.w.t setelah menyedari kejahilan diri dan insaf.

BENTUK

1. Terdiri daripada 5 rangkap .
2. 5 sehingga 9 baris serangkap .
3. 2 hingga 6 patah kata sebaris .
4. 6 hingga 18 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA

1. Asonansi.
Contohnya; dan aku telah terlalu lesu (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya di samping pusara mu yang sepi (pengulangan konsonan ?p?)
3. Pengulangan kata .
Contohnya; pentafsir sebenarnya telah lama ku cari pentafsir musim telah terlalu tua
4. Inversi.
Contohnya; dengan lusuh catatan mu (sepatutnya dengan catatan mu yang lusuh)
5. Metafora.
Contohnya ; racun keresahan lautan nota-nota mu
6. Sinkof.
Contohnya; suaramu yang sarat .
7. Personafikasi.
Contohnya ;angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku

NILAI

1. Cinta akan agama .
Contohnya ,penyajak berusaha untuk mendampingi Allah s.w. atau mencintai agamanya
2. Keinsafan.
Contohnya,penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah di lakukannya dan berazam mahu mengatasi segala kelemahan itu serta berharap akan mendapat hidayahNya .
3. Rasional.
Contohnya, berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan .
2. Kita hendaklah mempelajari ilmu agama sejak kecil lagi supaya dapat mengamalkannya atau menjadi penduan hidup sepanjang hayat.
3. Kita mestilah berusaha mengukuhkan semangat dan iman untuk melawan gejala negatif.
4. Kita mestilah mencari orang yang pakar dalam bidang agama untuk membantu kita kembali ke jalan yang benar.

DI RUANG GEMANYA

MAKSUD

? Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya tanpa berbelah bahagi terhadap negaranya dan senantiasa berharap agar negaranya akan mencapai kegemilangan.
? Penyajak telah berjuang semasa negara dalam keadaan kucar-kacir.Setelah melakukan pengorbanan ikhlas itu, dia sanggup menghadapi sebarang rintangan pada masa depan tanpa mengenal kecewa atau derita.
? Penyajak menganggap dugaan sebagai lumrah kehidupan dan dia sanggup berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai bentuk cabaran hidup.
? Penyajak berikrar untuk sama-sama berusaha menangani pelbagai cabaran yang melanda negara agar kegemilangan negara sentiasa terserlah.

TEMA

Semangat patriotik yang menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air .

PERSOALAN

1. Kesanggupan seseorang dalam perjuangan ke arah kegemilangan tanah air yang tercinta.
2. Kesukaran atau dugaan adalah lumrah kehidupan dan semua orang mesti menghadapinya dengan berani dan cekal.
3. Kesediaan memberikan sumbangan tenaga dan idea untuk menjamin tanah air sentiasa gemilang dalam pelbagai bidang.
BENTUK

1. Terdiri daripada 3 rangkap.
2. 4 hingga 17
3. 3 hingga 5patah kata sebaris
4. 5 hingga 11 suku kata sebaris

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi.
Contohnya; hampa dan derita (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya ; bakal kukongsikan hati (pengulangan konsonan ?k? )
3. Pengulangan kata.
Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku telah kupahatkan lelah umurku.
4. Sinkof.
Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku.
5. Simbol.
Contohnya ; kerikil dan debu bermaksud cabaran, dugaan atau malapetaka

NILAI

1. Keberanian.
Contohnya, berani berjuang dan berusaha untuk memajukan negara
2. Kejujuran / Keikhlasan.
Contohnya, jujur berjuang tanpa mengharapkan ganjaran
3. Cinta akan tanah air / semangat patriotik.
Contohnya , penyajak menumpahkan seluruh rasa setianya kepada tanah air.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersedia melakukan pengorbanan demi kemakmuran negara.
2. Kita hendaklah jujur dan ikhlas dalam usaha memajukan negara.
3. Kita mestilah mencintai negara kerana di situlah tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan mengecapi kejayaan dalam hidup.
4. Kita hendaklah berani dan cekal menghadapi pelbagai rintangan hidup. 5. Kita mestilah sentiasa bersatu padu dan bekerjasama.


Prosa Tradisional

Sabor

? Dalam bahagian prosa tradisional, para pelajar dikehendaki memahami jalan cerita sebaik mungkin dan maksud rangkai kata tertentu .Aspek kajian sastera tidak dibincangkan kerana tiada soalan sastera yang akan dikemukakan dalam bahagian pemahaman prosa tradisional.

SINOPSIS

? Jibor dan Sabor merupakan adik beradik. Siti Saidah merupakan isteri Jibor.

? Pada suatu hari ,Sabor dibawa oleh Jibor ke rumahnya dan diperkenalkan dengan isterinya Siti Saidah.Sabor pun mendapat jamuan yang istimewa dan bergembira sepanjang hari.

? Setelah beberapa hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah mula terpikat kepada Sabor .Walaupun sebelum itu Siti Saidah ada melakukan perbuatan sumbang dengan orang lain tetapi kini Sabor yang diingatinya siang dan malam.

? Setelah 20 hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah membuat strategi untuk menggoda Sabor. Pada suatu malam, Jibor tidur nyenyak setelah diberi makan majun oleh Siti Saidah.Kesempatan ini diambil oleh Siti Saidah.Dia telah masuk ke bilik Sabor, memadamkan pelita, lalu dipeluk dan diciumnya Sabor.

? Sabor terkejut dan memarahi Siti Saidah .Namun begitu, Siti Saidah terus menggodanya.Walaupun Sabor hampir tergoda akibat hasutan syaitan tetapi dia teringat akan pesan guru agamanya lalu beristighfar dan membaca ayat suci al-Quran.Dia menjadi bertambah takut akan Allah SWT.

? Setelah gagal memujuk Sabor ,Siti Saidah berasa sangat marah dan berasa tercabar kerana sebelum ini usahanya untuk memikat lelaki tidak pernah gagal. Lalu, dia mengugut hendak membunuh Sabor lalu kembali tidur di sisi suaminya.

? Sabor pun mengucap syukur .Kemudian dia teringat lagi pesan Raja Damsyik (guru agamanya) tentang tidak baik melambatkan kerja dan segala kerja kebajikan hendaklah disegerakan. Pesan raja lagi jangan bermalam di rumah orang tua yang beristeri muda kerana kemungkinan akan digoda oleh isterinya .Jika dituruti kehendaknya pasti nanti akan mendapat balasan neraka.

? Dalam pada berfikir-fikir itu, Sabor terdengar azan Subuh berkumandang.Sabor segera mengerjakan solat Subuh dan berdoa agar ditambah iman dan amalannya.

? Sementara itu, Siti Saidah telah memfitnah Sabor dengan memberitahu suaminya, Jibor bahawa dirinya hendak dicabul oleh Sabor. Tanpa usul periksa, Jibor pun berasa marah dan memberitahu isterinya bahawa dia hendak membunuh Sabor dengan tipu muslihatnya.

? Maka ,Jibor telah menghadiahi Sabor kopiah buatan Rom yang mahal dan halus buatannya. Setelah memakai kopiah itu , Sabor hendak memberitahu Jibor akan hal Siti Saidah tetapi dia berasa malu.

? Kemudian Jibor mengarahkan empat orang askar upahan supaya pergi ke masjid dan memenggal leher orang yang memakai kopiah buatan Rom semasa dia sedang bersembahyang Maghrib.

? Ketika hendak bersembahyang, kepala Sabor berasa pening kerana kopiah Rom itu terasa berat. Lalu,kopiah tersebut dibuka dan diletakkan di atas mihrab.Dia memakai sapu tangan sahaja . Tiba-tiba jauhari (tukang emas) yang berada di dalam masjid itu terlihat kopiah yang cantik itu, lalu dipakai oleh jauhari pula.

? Apabila empat orang askar upahan itu tiba di masjid, maka mereka terlihat orang yang sedang memakai kopiah Rom itu.Semasa imam membaca surah al-Fatihah, askar upahan itu terus masuk ke dalam masjid dan memenggal leher jauhari, kepalanya putus dan terpelanting ke kaki Jibor.

? Jemaah yang sedang bersembahyang berasa terkejut lalu lari lintang pukang.Sabor dan imam sahaja yang tidak batal sembahyangnya kerana tidak lari.Jibor juga terkejut dan melompat kehairanan kerana jauhari yang terbunuh dan bukannya Sabor seperti yang dirancang.

? Selesai bersembahyang , barulah Jibor tahu bahawa Sabor telah difitnah oleh Siti Saidah .

? Jibor terfikir, pasti jauhari tersebut ada melakukan dosa dengan Siti Saidah, sebab itulah dia mati, sementara Sabor terlepas daripada bala.

Kezaliman Membawa Padah

SINOPSIS

? Cerita ini mengisahkan tiga orang sahabat yang telah pergi menuntut ilmu agama ke Pasai. Kemudian mereka telah merantau untuk berdakwah.Seorang pergi ke Samarlingga, seorang lagi ke Borgozan sementara seorang lagi bernama Tun Jana Khatib telah pergi ke Singapura.

? Semasa beliau lalu berhampiran dengan istana, Tun Jana Khatib yang memiliki ilmu khayal lillah lagi tauhid dua belas alam menguji ilmunya dengan menilik sepohon pinang lalu terbelah dua.

? Kebetulan, perbuatannya itu terlihat oleh raja perempuan (permaisuri). Dalam masa yang sama ,perbuatan tersebut juga telah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja yang menganggap Tun Jana Khatib sengaja melakukan pebuatan itu untuk menarik perhatian raja perempuan.

? Paduka Seri Maharaja berasa sangat murka lalu memerintahkan supaya Tun Jana Khatib dibunuh, berhampiran orang berniaga kuih 'bikang'. Apabila Tun Jana Khatib ditikam,darahnya menitik ke bumi tetapi jasadnya ghaib entah ke mana.

? Dengan tutup bikang,pembuat bikang itu menutup darah Tun Jana Khatib lalu menjadi batu. Dikatakan hingga sekarang batu tersebut masih terdapat di Singapura.Menurut cerita, badan Tun Jana Khatib berada di Langkawi lalu dikebumikan orang.

? Akibat kezaliman Paduka Sri Maharaja, Singapura telah ditimpa bala iaitu Singapura dilanda todak. Banyak rakyat yang mati. Paduka Seri Maharaja memerintah rakyat supaya berkubukan betis (kaki) .

? Todak yang menyerang semakin banyak dan sangat ramai pula orang yang mati terkorban ditikam oleh todak.

? Tiba-tiba muncul seorang budak mencadangkan supaya berkubukan batang pisang sahaja ,bukannya betis. Paduka Seri Maharaja menerima cadangan tersebut lalu memerintahkan rakyatnya berkubu batang pisang. Todak yang terlekat pada batang pisang ditetak oleh rakyat ,terlalu banyak yang mati sehingga tidak termakan oleh penduduk Singapura.

? Paduka Seri Maharaja berasa kagum dengan kebijaksanaan budak itu dan sayang kepadanya. Namun, wujud perasaan dengki dalam kalangan pembesar negeri. Mereka pun menghasut Paduka Seri Maharaja agar budak tersebut dibunuh kerana kecil-kecil lagi sudah terlalu bijak ,apatah lagi jikalau sudah dewasa, kemungkinan nanti Paduka Seri Maharaja akan dilawan oleh budak itu. Paduka Seri Maharaja bersetuju dan budak itu pun dibunuh .

? Setelah mangkat ,Paduka Seri Maharaja digantikan oleh anaknya Raja Iskandar Syah yang beristerikan anak Tun Perpatih Tulus.

? Ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah bergelar Sang Rajuna Tapa berasal dari Singapura.Anak perempuannya merupakan salah seorang gundik raja. Oleh sebab terlalu cantik dan lebih disayangi oleh raja maka gundik-gundik yang lain berasa cemburu. Dia difitnah oleh gundik raja yang lain kononnya berlaku curang. Raja Iskandar Syah terlalu murka dan memerintah anak Sang Rajuna Tapa supaya disula di hujung pasar.

? Sang Rajuna Tapa berasa terlalu malu kerana baginya jika benar anaknya melakukan kejahatan, bunuhlah sahaja, tetapi janganlah memalukannya dengan cara begitu.

? Sang Rajuna Tapa berdendam dengan tindakan Raja Iskandar Syah, lalu dia menulis surat ke Majapahit dengan memaklumkan bahawa sekiranya Betara Majapahit hendak menyerang Singapura, dia akan belot dari dalam kota.

? Setelah menerima surat tersebut, Betara Majapahit pun berlengkap dengan tiga ratus buah kapal (jong) dengan beribu-ribu rakyat Jawa lalu menyerang Singapura.

? Apabila Raja Iskandar memerintah Sang Rajuna Tapa mengeluarkan beras untuk diberikan kepada rakyat, Sang Rajuna Tapa berkata tidak ada kerana dia hendak belot.

? Tengah malam itu, Sang Rajuna Tapa pun membuka pintu kota dan orang-orang Jawa pun masuk menyerang. Ramai rakyat kedua-dua belah pihak mati terkorban.Darah melimpah-limpah.

? Raja Iskandar Syah pun melarikan diri ke Seletar lalu ke Muar, Johor. Rumah Sang Rajuna Tapa roboh, bekas menyimpan padi tumbang dan beras yang ada menjadi tanah.

? Dengan takdir Allah,Sang Rajuna Tapa dan isterinya pun menjadi batu akibat derhaka kepada raja. Setelah Singapura kalah, orang-orang Jawa pun pulang semula ke Majapahit.

Asal Usul Raja Kecil

SINOPSIS

? Cerita ini mengisahkan suka duka anak Almarhum Sultan Mangkat Dijulang yang dilahirkan oleh Encik Pung.

? Kisah bermula dengan Laksamana menyorokkan Encik Pung semasa dia hendak bersalin kerana bimbang ada orang lain tahu bahawa Almarhum Sultan Mangkat Dijulang mempunyai keturunan.

? Setelah dia bersalin, Encik Pung menyuruh Laksamana melarikan anaknya.

? Laksamana meminta Raja Negara Selat menyerahkan anak Encik Pung kepada Temenggung Muar untuk dipelihara. Raja Negara pun pergi ke Johor menyerahkan anak Marhum Mangkat Dijulang itu kepada Temenggung Muar. Sejak itu, putera tersebut dipelihara oleh Temenggung Muar seperti anaknya sendiri.

? Tujuh tahun kemudian ,semasa Temenggung Muar ke Johor ,dibawanya sekali anak raja itu berjumpa Laksamana .

? Di Johor ,setiap hari anak raja bermain-main di makam ayahandanya di Kota Tinggi. Ramai kanak -kanak mengikut perbuatannya tetapi mereka muntah darah apabila makan rumput.

? Tersebarlah berita tersebut dan sampai ke telinga Yang Dipertuan Muda lalu diperintahkan orang untuk mencari anak raja itu.

? Bimbang akan keselamatan anak raja itu, Laksamana berpakat dengan Raja Negara untuk melarikan anak raja itu ke tempat lain. Laksamana meminta sahabatnya, Nakhoda Malim , orang Minangkabau memeliharanya, lalu dibawa ke Jambi. Anak itu dinamakan Tuan Bujang.

? Tuan Bujang kemudiannya dibawa ke Jambi sebelum ke Pagaruyung lalu menghadap Yamtuan Sakti.Yamtuan Sakti berasa gembira apabila mengetahui bahawa Tuan Bujang adalah cucunya. Begitu juga dengan Tuan Puteri Jilan yang dapat mengenali Tuan Bujang melalui pandangan matanya dan mengatakan Tuan Bujanglah anak raja yang akan membalas kematian bapanya.

? Tuan Bujang pun tinggal di Pagaruyung dan seharian asyik bermain di singgahsana. Apabila dayang-dayang melarang, Puteri Jilan mengatakan bahawaTuan Bujang memang waris takhta dan tidak akan terkena sumpahan (tulah) kerana bermain di singgahsana raja sebab dia anak adiknya di Johor.

? Apabila berumur 13 tahun, Tuan Bujang pergi merantau ke Batanghari untuk menuntut ilmu hinggalah ke Palembang, beliau hendak memperhambakan diri dan taat setia kepada Sultan Lema Abang.

? Sultan pun memelihara Tuan Bujang ,namun sultan berasa hairan kerana semenjak Tuan Bujang bekerja sebagai pembawa tepaknya, badan Sultan asyik sakit- sakit sahaja. Ini menunjukkan darjat Tuan Bujang lebih tinggi daripada sultan.

Kepahlawan Tun Beraim Bapa

SINOPSIS

? Cerita ini mengisahkan kehebatan Tun Beraim Bapa bermain senjata dan menumpaskan pahlawan-pahlawan lain.

? Cerita bermula dengan Tun Beraim Bapa meminta bendaharanya iaitu Dara Sipir menyediakan kelengkapan mandi seperti bedak dan limau kerana dia hendak mandi bersama para pegawai, hulubalang dan guru-gurunya di sungai . Setelah mandi, Tun Beraim Bapa pulang ke istana.

? Baginda menghadiahkan pakaian yang cantik kepada saudara dan hulubalang sebelum baginda sendiri memakai pakaian istimewa, bertengkolok, berkeris, berpedang halilintar dan peralatan memanah yang keemasan.

? Tun Beraim Bapa bersama para pengiringnya menuju ke istana.Sampai di pintu tani ,Tun Beraim Bapa mengarahkan Perman Isap dan Orang Tikar meminta kuda semberani daripada Dara Zulaikha Tingkap (Tun Derma Dikara). Walaupun sultan tahu bahawa kuda tersebut gila dan tidak pernah ditunggangi orang tetapi Sultan telah memberi keizinan.

? Sultan menyuruh Tun Beraim Bapa menunggangnya di hadapan Pendekar Keling . Tun Beraim pun memacu kuda yang gila,liar dan tidak pernah dikenderai orang itu lalu terbang sepantas kilat hingga ke Tukas. Sultan berasa hairan dan kesal kerana Tun Beraim Bapa telah hilang daripada pandangan.

? Namun dengan tiba-tiba Tun Beraim Bapa muncul semula dan kuda tersebut telah menjadi jinak .Sultan kagum dengan kebolehan Tun Beraim Bapa lalu mengarahkan Bermanat P.nti dan Maidana P.nti agar menyuruh Tun Beraim Bapa bersilat di hadapan ketua kelasi kapal dan askar pendekar dari Keling bagi menunjukkan ketangkasannya.

? Setelah memilih pedang dan perisai terbesar ,Tun Beraim Bapa pun bersilat dengan guru-gurunya seorang demi seorang .Pelbagai gendang mengiringi pertarungan tersebut.

? Apabila dilontarkan kelambir kotai maka diparangnya hingga terbelah dua. Sebelah terhantar di bumi penuh dengan airnya dan sebelah lagi ghaib entah ke mana.

? Kemudian dilontarkan pula pinang kotai maka diparangnya hingga terbelah dua. Sebelah terhantar di bumi penuh dengan airnya dan sebelah lagi ghaib entah ke mana.

? Selepas itu, dihunjamkan sebatang pokok pisang lalu dipancung oleh Tun Beraim Bapa dari atas ke bawah. Apabila angin bertiup maka rebahlah pokok pisang itu dalam keadaan terbelah empat. Begitulah hebatnya Tun Beraim Bapa bermain pedang.

? Selepas itu, sultan mempelawa pendekar Keling sama ada mahu berlawan dengan Tun Beraim Bapa.Para pendekar Keling yang melihat ketangkasan Tun Beraim Bapa terus pulang ke kapal dengan menundukkan muka berasa malu kerana tidak sanggup menentang Tun Beraim Bapa. Mereka terus belayar pergi.

? Berjayalah helah Sultan kepada para pendekar asing yang berniat jahat itu.Baginda sultan meminta Tun Beraim Bapa mengajak semua orang hulu sungai datang ke Tukas untuk diraikan dalam majlis jamuan.

? Pada suatu hariJumaat ,Tun Beraim Bapa bermain-main ke Pasai lalu masuk ke pagar istana.Baginda ternampak Tun Fatimah Lempau bergelar Temian Layangan mengubah bunga bersama-sama Dara Zulaikha .

? Tun Beraim Bapa marah kepada Tun Fatimah Lempau yang dianggap menipunya kerana bunga yang digubah bukan untuk dibawa ke masjid tetapi ke istana.Tun Beraim Bapa membatalkan niatnya mengejarTun Fatimah setelah bahunya terempuh pintu istana.

Drama

Jangan Bunuh Rama-Rama

PEMIKIRAN (TEMA)

Nilai keagamaan yang mendalam pada manusia yang pada kebiasaannya mempunyai
elemen baik dan jahat.

PERSOALAN

1. Perbuatan jahat yang dibalas dengan kebaikan .Contohnya, raja yang hendak menangkap rama-rama telah terjatuh ke dalam kolam air panas ,tetapi rama-rama itu telah menolong raja berkenaan.
2. Sikap suka membantu untuk menunjukkan jalan kebenaran kepada orang yang sering tersesat ketika menempuh jalan kehidupan. Contohnya, Badut telah menunjukkan juragan jalan yang betul.
3. Persaudaraan sesama manusia dan seagama perlu sentiasa bermuafakat. Contohnya,askar dan orang tawanan akhirnya berbaik-baik kerana menyedari tuhan mereka adalah sama iaitu Allah s.w.t
4. Mengasihi semua makhluk tuhan sama ada manusia atau haiwan. 5. Setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri. Contohnya, Bidan Tuk Mah pandai mengubat semua penyakit.

WATAK DAN PERWATAKAN

NUR ATMA 1 DAN NUR ATMA 2

1. Perempuan tua yang banyak pengalaman hidup
2. Matanya kurang nampak dan telinganya pun kurang mendengar.
3. Badannya lemah dan jalannya sangat lambat.
4. Mudah bersimpati .Contohnya apabila dia ternampak akan juragan yang berada dalam kesusahan , dia meminta orang lain segera memberi pertolongan

BADUT

1. Berusia 35 tahun
2. Seorang pelawak yang dahulunya seorang raja.
3. Pada kaki badut ada genta (loceng) yang berbunyi apabila kaki dan tangannya digerakkannya.
4. Walaupun sentiasa menghiburkan orang lain ,tetapi hatinya selalu bersedih
5. Sentiasa menyesali peristiwa yang berlaku padanya kerana dahulunya dia raja. Baginda terjatuh dalam kolam air panas ketika mahu menangkap rama-rama yang menjadi idaman pemaisuri tetapi rama-rama itulah yang menyelamatkannya.

JURAGAN

1. Lelaki yang berumur lingkungan 45 tahun.
2. Hidupnya tidak menentu
3. Menemui jalan yang benar detelah dibantu oleh Badut dan Nur Atma.

BIDAN TUK MAH

1. Berusia 40 tahun
2. Berasal daripada keturunan diraja bernama Emas Asa Puteri Shahrul Karimah.
3. Seorang yang keras hati dan degil kerana sanggup meninggalkan istana kerana ingin menjadi pelakon dan penari bersama Peran.
4. Pandai mengubati orang setelah peristiwa semua orang buta menjadi celik sesudah melihat persembahan wayang oleh Peran dan rombongannya.
5. Mahir membuat ubat tradsional

WAK KELETUNG

1. Bercakap loghat Terengganu.
2. Seorang yang pemarah. Contohnya, dia memarahi orang yang menjadi pengikutnya dahulu tetapi kini mengambil alih tugasnya menjadi imam.

LATAR

LATAR TEMPAT

? Mungkin sekali di sebuah kawasan kampung kerana ada disebut pulau,tanjung, muar, laut dan di dalam hutan rimba.

LATAR MASA

? Subuh, siang dan malam

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat daripada pelbagai golongan / susun lapis.
Contohnya,seperti golongan atasan yang diwakili oleh raja dan permaisuri, golongan askar dan orang tawanan.

? Masyarakat yang berpecah belah kerana berlaku pertentangan dalam isu agama.
Contohnya, peristiwa sembahyang dua imam.

? Masyarakat yang mempunyai pelbagai fungsi.
Contohnya , Bidan Tuk Mah sebagai penyembuh penyakit , Badut sebagai penghibur , Wak Keletung sebagai imam yang memberi peringatan dan sebagainya.

PLOT

? Dimulakan dengan watak muncul di pentas untuk memperkenalkan diri.Kemudiannya Nur Atma bercerita tentang kisah hidupnya .Dia mengaku sudah tua dan banyak pengalamannya.

? Selepas itu,muncul watak badut (raja).Suatu ketika dahulu dia merupakan seorang raja tetapi ketika mencuba menangkap rama idaman pemaisurinya,dia terjatuh ke dalam kolam air panas .Rama-rama yang hendak ditangkapnya itu telah menyelamatkannya. Warna pada sayap rama-rama itu telah melekat di mukanya hingga digelar orang sebagai badut.

? Seterusnya ,muncul watak juragan yang mengalami hidup yang tidak menentu. Akhirnya dengan petunjuk dari Nur Atma dan badut ,dia dapat mengikut jalan yang betul. Selanjutnya dipaparkan watak askar dan orang tawanan .Walaupun mereka berlainan kedudukan namun,mereka sama-sama mempercayai tuhan yang sama.

? Seterusnya muncul Wak Keletung yang hendak menembak orang yang bersembahyang dua imam (bagi menggambarkan perpecahan dalam kalangan umat Islam).Kemudian,muncul pula watak orang bertapa yang kegelisahan kerana dia sudah lama bertapa mencari hidayah tetapi tidak mendapat rahmat Allah. Ini mungkin disebabkan dia beribadat tanpa keikhlasan.

? Akhirnya muncul watak bidan Tuk Mah yang berasal daripada keluarga bangsawan tetapi mengikut Peran merantau untuk berlakon dan menari sehingga menjadi bidan .

GAYA BAHASA

1. Penggunaan dialog berbentuk puisi. Contohnya ;Dahan duku dahan bakau,tuhan daku tuhan dikau , daku dikau ,dikau daku.
2. Repitasi / Pengulangan kata. Contohnya ; Mana pulau, mana tanjung, mana langit, mana bumbung, mana tanah,mana kampung.
3. Penggunaan bahasa Arab . Contohnya; Alhamdulillah , Subhanallah
4. Metafora. Contohnya ; embun rahmat
5. Personifikasi. Contohnya ; ribut begitu menggila di kampung itu.
6. Inversi. Contohnya; jatuh di muara tenggelam tidak (sepatutnya jatuh di muara tidak tenggelam)

NILAI

1. Ketaatan kepada Allah. Contohnya, Nur Atma ,badut dan watak-watak yang lain menunjukkan rasa taat kepada Allah.
2. Kasih sayang. Contohnya , raja menyayangi rama-rama yang telah membantunya.
3. Baik hati. Contohnya, Peran dan bidan Tuk Mah sentiasa membantu orang dalam kesusahan seperti penduduk kampung yang buta.
4. Keberanian. Contohnya, bidan Tuk Mah berani mengikut Peran merantau dari satu kampung ke satu kampung yang lain.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengasihi sesama makhluk sama ada manusia atau haiwan.
2. Kita hendaklah sentiasa mematuhi perintah Allah.
3. Kita hendaklah memiliki sikap bertanggungjawab.
4. Kita mestilah menggunakan akal fikiran sebelum bertindak.
5. Kita hendaklah sentiasa bantu-membantu dan bekerjasama.

Puteri Li Po

PEMIKIRAN (TEMA)

Kasih sayang dapat menyatukan manusia dari benua yang berlainan.

PERSOALAN

1. Pengorbanan seorang puteri yang terpaksa berjauhan daripada keluarganya dan tanah air demi mengukuhkan hubungan diplomatik dua negara melalui perkahwinan.
2. Adat istiadat Melayu yang memiliki ciri dan keistimewaan tersendiri.
3. Ketaatan pembesar negeri kepada sultan yang tidak berbelah bagi ,mereka lebih rela mati daripada menderhaka.
4. Usaha yang gigih untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya yang serba baru.

WATAK DAN PERWATAKAN

PUTERI HANG LI PO

1. Puteri negeri China berwajah cantik yang berusia 18 tahun
2. Mukanya bujur sirih,matanya sepet dan tirus di hujungnya
3. Isteri keempat Sultan Mansur Syah.
4. Baik hati dengan dayang-dayang.
5. Sentiasa kesunyian kerana sering ditinggal sultan sendirian di istana.
6. Emosional. Buktinya, apabila dipertemukan dengan tiga orang madunya, dia berasa terhina lalu mengamuk di istananya.
7. Mendapat gelaran ?Hang? kerana tabah menyesuaikan diri di negara orang.
8. Mudah jatuh hati. Buktinya, dia jatuh cinta kepada Hang Jebat dan meluahkan perasaan cintanya kepada Hang Jebat tanpa memikirkan risiko daripada perbuatannya itu.

SULTAN MANSUR SYAH

1. Sultan Melaka pada kurun ke -15
2. Mempunyai 4 orang isteri, iaitu Permaisuri Nur Pualam, Tengku Puteri Wanang Sari, Raden Galoh Cendera Kirana dan Puteri Hang Li Po.
3. Raja yang adil dalam pemerintahannya.
4. Sultan yang berdaulat. Buktinya apabila baginda berkirim salam kepada ayahanda mertuanya, Maharaja China itu terkena penyakit gatal-gatal dan sembuh setelah menggunakan air yang didaulatkan oleh baginda.

HANG JEBAT

1. Pahlawan yang berani bergelar laksamana.
2. Sangat taat kepada sultan melaka,
3. Merupakan kekasih Dang Wangi, iaitu dayang di istana Puteri Hang Li Po.
4. Teguh imannya.Buktinya, dia menolak luahan cinta Puteri Hang Li Po kerana dia tahu bahawa hubungan sulit dengan isteri orang dilarang oleh agama.

TUN PERPATIH PUTIH

1. Seorang bendahara selaku penasihat
2. Tempat Puteri Hang Li Po meluahkan segala masalahnya

DANG WANGI

1. Dayang di istana Puteri Hang Li Po.
2. Kekasih Laksaman Hang Jebat
3. Dihalau bekerja di istana Puteri Nur Pualam (madu Puteri Hang Li Po) setelah deliau mengetahui bahawa dia mempunyai hubungan dengan Hang Jebat.

LATAR

LATAR TEMPAT

? negeri Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka .
? di taman larangan, di bilik tetamu istana,balai penghadapan istana Melaka ,di bilik peraduan istana

LATAR MASA

? Kurun ke 15 pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat Melayu lama
? Masyarakat yang ada susun lapis masyarakat iaitu golongan raja,pembesar dan rakyat
? Masyarakat yang sangat taat kepada raja iaitu Laksamana Hang Jebat
? Masyarakat yang ada hubungan antarabangsa iaitu Melaka mempunyai hubungan dengan China dan Majapahit.
? Masyarakat yang mengamalkan poligami iaitu Sutan Mansur Syah yang memiliki empat orang isteri.

PLOT

? Permulaan - Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China berasa kesepian di istananya. Dia tidak suka akan suaminya, Sultan Mansur Syah kerana jarang -jarang datang ke istananya. Beliau hanya bertemankan dayang-dayang istana.

? Perkembangan - Puteri Hang Li Po dianugerahi gelaran " hang " oleh Sultan Mansur Syah. Dalam majlis itu beliau diperkenalkan kepada tiga orang madunya. Puteri Hang Li Po berasa terhina dan mengamuk apabila balik ke istananya.

? Perumitan ? Setibanya di istana ,Raden Galoh telah memujuk Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Syah pula sudah lama tidak berkunjung ke istana Puteri Hang Li Po. Hal ini menyebabkan Puteri Hang Li Po berasa sunyi dan teringat akan Hang Jebat.

? Puncak / klimaks - Beliau pun memanggil Hang Jebat lalu meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak. Puteri Hang Li Po berasa malu lantaran cintanya ditolak oleh Hang Jebat. Apabila beliau mengetahui bahawa Dang Wangi merupakan kekasih Hang Jebat, Dang Wangi telah ditukarkan ke istana Nur Pualam.

? Peleraian - Puteri Hang Li Po menyedari kesilapannya lalu mengubah sikap dengan berusaha untuk mencintai suaminya dan menjaga nama baik suaminya (Sultan Mansur Syah). Tambahan pula, dia sudah hamil.

GAYA BAHASA

1. Penggunaan bahasa istana. Contohnya; patik,tuanku, pacal dan murka.
2. Penggunaan bahasa. Contohnya; syukur,Insyaallah.
3. Peribahasa. Contohnya; kecil hati, lupa daratan, gelap mata, menangguk di air keruh, berbadan dua, pucuk dicita ulam tiba.
4. Simile. Contohnya; sungguh menarik tuanku puteri seperti pinang pulang ke tampuk.
5. Metafora. Contohnya; badai hidup,api kasih.

NILAI

1. KeadiIan. Contohnya, Sultan Mansur Syah memerintah negeri Melaka dengan adil sehingga semua pembesar dan rakyat menyukainya.
2. Baik hati. Contohnya, Puteri Li Po sangat baik dengan dayang-dayang istananya.
3. Ketaatan. Contohnya, Hang Jebat menunaikan segala arahan Sultan Mansur Syah dan tidak berani menderhaka kepada baginda.
4. Kasih sayang. Contohnya, Sultan Mansur Syah sangat sayang akan kesemua isteri-isterinya.
5. Ketabahan / kesabaran. Contohnya, Puteri Hang Li Po menghadapi pelbagai kesulitan ketika mahu menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Melaka yang jauh berbeza daripada kehidupannya di negara China.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran dan adat resam di tempat baru.
2. Kita hendaklah sentiasa menumpahkan taat setianya kepada raja yang adil.
3. Kita hendaklah bijak menghindari diri daripada perkara negatif.
4. Kita hendaklah sentiasa berbaik hati antara satu sama lain.
5. Seseorang isteri hendaklah setia kepada suami.
6. Raja hendaklah memerintah dengan adil dan mengasihi rakyatnya.

Kerusi

PEMIKIRAN (TEMA)

Sikap tamak dan kejam dalam jiwa orang yang ingin terus berkuasa.

PERSOALAN

1. Kezaliman yang dilakukan lambat laun akan menerima pembalasan.
2. Perjuangan menentang ketidakadilan iaitu watak Putra serta Wira I, Wira II,dan Wira III yang menentang Srisegala yang gila kuasa dan zalim.
3. Pengorbanan yang terpaksa dilakukan sebelum mencapai kejayaan dalam perjuangan.
4. Kuasa dan kekayaan dapat mengubah hati atau pendirian seseorang.

WATAK DAN PERWATAKAN

SRISEGALA

1. Seorang pemimpin yang menguasai sebuah gong dan kerusi (takhta pemerintahan)
2. Pemimpin yang zalim kerana sanggup membutakan mata Putra yang menentangnya dan merampas Masayu (isteri Putra)
3. Seorang yang gila kuasa .Buktinya ,dia membuat pelbagai peraturan yang menguntungkan dirinya tetapi menyusahkan orang lain.
4. Bersikap angkuh dengan melakukan apa-apa sahaja yang disukai tanpa mendengar nasihat orang lain
5. Akhirnya tewas kepada Putra , Wira I, Wira II,dan Wira III

PUTRA

1. Merupakan suami Masayu
2. Bijaksana kerana dia dapat memberikan hujah untuk menangkis pendapat Srisegala
3. Berani menentang Srisegala seorang diri ,sedangkan Srisegala mempunyai pengawal yang ramai.
4. Ditawan oleh pengikut-pengikut Srisegala dan kedua-dua belah matanya dibutakan .
5. Akhirnya dengan bantuan Wira I, Wira II dan Wira III , Putra dapat menewas Srisegala .Putra berjaya menduduki kerusi kuasa yang di tinggalkan oleh Srisegala.

MASAYU

1. Merupakan isteri Putra.
2. Sangat menyayangi Putra dan berusaha mencari suaminya yang hilang.
3. Dia membawakan suaminya sebilah keris untuk mempertahankan diri.
4. Tidak setia dan mudah terpedaya atau tergoda. Buktinya ,dia terpikat oleh kekuasaan dan kejayaan Srisegala sehingga lupa akan suaminya ,Putra

TUTA UTAMA, TUTA I,II DAN III

1. Pengikut setia Srisegala yang sanggup melaksanakan segala perintah walaupun zalim.

WIRA I,II dan III

1. Pengikut Putra yang membantunya merampas kuasa SriSegala
2. Para pendekar yang bersemangat waja.

LATAR

LATAR TEMPAT

? Pengarang mencatat peristiwa ini boleh berlaku di mana-mana saja . Ini menunjukkan bahawa kejadian orang yang gila kuasa boleh berlaku di mana- Mana sahaja di dunia ini.

LATAR MASA

? Pengarang mencatat peristiwa ini juga boleh berlaku pada bila-bila masa . Ini menunjukkan bahawa isu orang gila kuasa dianggap peristiwa yang releven sepanjang masa

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat yang taat setia kepada ketua masing-masing.
? Masyarakat yang mengagung -agungkan pemimpin .Contohnya ,Tuta 1 ,Tuta II,Tuta III ,dan Tuta Utama sentiasa memuji kehebatan Srisegala.
? Masyarakat yang mengunakan kuasa untuk menindas orang lain dengan membuat peraturan yang tidak adil
? Masyarakat yang berjuang menentang ketidakadilan agar tidak berterusan.
Contohnya, Putra berjuang bersama-sama dengan Wira I, Wira II,dan Wira III untuk menentang Srisegala.

PLOT

? Permulaan - Diperkenalkan dengan watak Srisegala dan para pengikut setianya iaitu Tuta U tama,Tuta I,Tuta II dan Tuta III.Srisegala bangga dan angkuh akan kuasa yang dimilikinya.

? Perkembangan - Digambarkan cubaan Wira I,Wira II ,Wira III dan Putra mencabar Srisegala tetapi gagal

? Perumitan - Masayu mencari suaminya Putra .Dia membawa keris supaya dapat dijadikan senjata oleh suaminya .Namun, usaha Masayu dihalang oleh Srisegala. Srisegala sanggup membutakan mata Putra. Masayu pula terpikat dengan Srisegala setelah ditawarkan segala kemewahan dan menyebabkan dia melupakan suaminya.

? Puncak/klimaks - Wira I,Wira II dan Wira III berpadu tenaga serta mendapat nasihat daripada Putra untuk melawan Srisegala dan para pengikut setianya .Akhirnya , usaha mereka menewaskan Srisegala berjaya.

? Peleraian - Digambarkan kejayaan Putra menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini menjadi milik Srisegala .Masayu pula kembali kepada Putra.

GAYA BAHASA

1. Bahasa Inggeris. Contohnya ; silencer
2. Metafora. Contohnya ; terima kasih setinggi gunung.
3. Repitasi. Contohnya ; Itulah yang dinamakan keadilan . Itulah yang dikatakan ke makmuran .Itulah yang disebut kedamaian. Itulah kejujuran dan belas kasihan .

NILAI

1. Keberanian . Contohnya, Putra berani menentang ketidakadilan dan kezaliman Srisegala seorang diri .
2. Kerjasama. Contohnya, WIRA I,II dan III membantu Putra menghapuskan Srisegala
3. Kasih sayang. Contohnya, Masayu sangat sayang kepada suaminya, Putra
4. Yakin akan diri. Contohnya, Putra menasihati Wira I,II dan III agar berkeyakinan untuk menentang Srisegala.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bekerjasama menentang kezaliman.
2. Kita hendaklah menghargai dan mengiktiraf hak orang lain.
3. Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil dan saksama dalam pemerintahan.
4. Kita harus mempunyai keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan .

Cerpen

TRAGEDI

WATAK DAN PERWATAKAN

PAK ISMAWAN

1. Ayah kepada Iswan
2. Bersifat penyayang kerana beliau sayang kepada Iswan dengan menghantarnya ke
sekolah setiap hari. Beliau memberikan perhatian kepada Iswan supaya rajin
berlatih bermain badminton .
3. Tenang kerana walaupun sedih, Pak Ismawan tetap tenang menerima kematian
anaknya Iswan.
4. Pemaaf apabila George Bulang mengaku bahawa dia telah terlanggar Iswan ,Pak
Ismawan memaafkan kesalahan kawan Iswan itu.
5. Pemurah.Apabila Irnawati, sahabat baik iswan datang lalu meminta raket badminton
kepunyaan Iswan untuk disimpan sebagai kenangan -kenangan ,Pak Ismawan
segera memberikan raket itu kepada Irnawati

ISWAN

1. Anak Pak Ismawan dan sahabat baik Irnawati.
2. Baik hati dan jujur.
3. Aktif dalam sukan, khususnya dalam sukan badminton.
4. Berusia 18 tahun.
5. Gigih menjalani latihan stamina dan badminton.
6. Bersopan -santun dan berbudi -bahasa .
7. Semasa hayatnya, yakin pada kebolehan diri sendiri.
8. Terbunuh dalam kemalangan jalan raya kerana dilanggar kereta yang dipandu oleh
sahabatnya ,George Bulang.

IRNAWATI

1. Rakan sekelas Iswan
2. Rakan karib Iswan
3. Prihatin dan mengambil berat tentang Iswan.
4. Mudah bersimpati .Buktinya ,Irnawati pergi ke rumah Pak Ismawan dan memujuk Pak
Ismawan supaya tabah menghadapi musibah.

GEORGE BULANG

1. Sahabat baik Iswan
2. Berumur 16 tahun
3. Suka berfoya-foya sehingga mabuk
4. Seorang yang cuai kerana dia memandu keretanya tanpa lesen dan dalam keadaan
mabuk hingga menyebabkan keretanya terbabas.
5. Menginsafi kesalahan sendiri setelah terlanggar Iswan.
6. Mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada Pak Ismawan

PERSOALAN

1. Perasaan kasih sayang seorang ayah dan sahabat baik .
2. Percaya kepada ketentuan tuhan kerana manusia hanya merancang tetapi Allah
yang menentukan.
3. Tidak berdendam terhadap orang yang melakukan kesalahan .
4. Tragedi yang dapat dijadikan iktibar terutamanya kepada golongan muda
5. Kegigihan seorang pemain badminton untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan.

TEMA

Ketabahan seorang ayah yang kematian anaknya .

LATAR TEMPAT

? Rumah Pak Ismawan ,pejabat Pak Ismawan ,hospital , jalan pantai menuju ke
Tanjung Aru , mahkamah dan Dewan Masyarakat Sembulan.

LATAR

LATAR MASA

-Diandaikan sekitar dekad 1980 -an atau awal dekad 1990-an,

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat Melayu di Sabah
? Masyarakat peribumi Sabah , contohnya George Bulang
? Masyarakat yang mementingkan sukan badminton.
? Masyarakat yang mementingkan keselamatan jalan raya dalam kalangan remaja.
Contohnya, Pak Ismawan yang memberi ceramah keselamatan jalan raya.

PLOT

? Permulaan - diperkenalkan watak Pak Ismawan yang kehilangan anak lelaki, Iswan.
Selain itu, diperkenalkan juga watak Irnawati sebagai sahabat baik Iswan.

? Perkembangan - digambarkan watak Iswan dan hubungannya dengan Irnawati secara
imbas kembali. Digambarkan juga Iswan terbunuh sebagai akibat dilanggar
kereta yang dipandu George Bulang

? Perumitan - digambarkan George Bulang yang memandu dalam keadaan mabuk
sehingga terlanggar Iswan.

? Puncak/ klimaks -mahkamah membebaskan George Bulang daripada tuduhan kerana
dia masih di bawah umur George Bulang meminta maaf kepada Pak Ismawan,
dan Pak Ismawan pula memaafkan George Bulang.

? Peleraian - Pak Ismawan memberikan ceramah tentang keselamatan di jalan raya
berdasarkan pengalamannya.

GAYA BAHASA

1. Kata dialek Indonesia, Contohnya, dong ( kata pelembut) dan menabrak
(melanggar).

2. Personifikasi. Contohnya, bunyinya sungguh bising dan itu tandanya kereta itu
berlari laju.

3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, Assalammualaikum
4. Metafora. Contohnya, sebesar hama pun rasa dendam

NILAI

1. Kasih sayang. Contohnya, Pak Ismawan kasih akan anaknya
2. Simpati. Contohnya, Irnawati sahabat baik Iswan mengunjung Pak Ismawan untuk
menyatakan rasa simpatinya.
3. Kerajinan. Contohnya, Iswan pemain badminton yang rajin berlatih.
4. Yakin akan diri. Contohnya, Iswan yakin bahawa dia dapat mengalahkan pemain yang
paling handal supaya ia terpilih mewakili negara.
5. Mengakui kesalahan.Contohnya,George Bulang berjumpa dengan Pak Ismawan dan
mengakui kesalahannya kerana tidak sengaja melanggar Iswan.
6. Kerjasama. Contohnya, Pak Ismawan membantu pihak Majlis Keselamatan Jalan
Raya berkempen.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara ayah dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan atau nasib
malang.
4. Kita hendaklah berani mengakui kesalahan yang telah kita lakukan dan meminta maaf
kepada orang yang menjadi mangsa perbuatan kita.
5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan janganlah menyimpan perasaan
dendam.
6. Kita hendaklah sentiasa bekerjasama dalam mengatasi sesuatu masalah
7. Kita perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyesal di kemudian
hari.

Virus Zel Untuk Abah

TEMA

Penderitaan anak yang menjadi mangsa akibat perceraian ibu bapa.

PERSOALAN

1. Tanggungjawab seorang ibu tunggal membesarkan anak dengan didikan yang
sempurna
2. Kasih sayang dapat menghapuskan perasaan dendam seorang anak kepada
ayahnya.
3. Perceraian menyebabkan
4. Sahabat sejati sanggup bersama ketika senang atau susah dan sanggup pula
membantu.

WATAK PERWATAKAN

ZEL

1. Anak gadis yang berusia 20 tahun.
2. Mahir menggunakan komputer dan perisiannya.
3. Emosional, iaitu mudah berasa marah apabila terkenang ayahnya yang telah men-
ceraikan ibunya.
4. Pendendam dan prasangka .Zel berhasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308
yang sangat penting kepada ayah dan adik-beradik tirinya.
5. Penyayang.Zel sangat sayang akan ibunya . Dia sentiasa menurut nasihat ibunya dan
selalu berbangga dengan pencapaian ibunya .
6. Berfikiran rasional setelah menerima saranan dan nasihat sahabat baiknya, Win.

MAMA

1. Ibu Zel yang berusia 45 tahun .
2. Janda/ibu tunggal kepada seorang anak bernama Zel.
3. Peniaga komputer yang berjaya.
4. Wanita yang berpelajaran tinggi
5. Memiliki keyakinan yang tinggi bahawa dia akan berjaya walaupun tanpa bantuan
lelaki / suami.
6. Tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas suaminya .
7. Bertimbang rasa dan rasional.

WIN

1. Sahabat karib Zel yang sering dihubungi untuk memberi pendapat.
2. Menuntut di Kaherah
3. Menasihati Zel agar membatalkan rancangannya untuk memasukkan virus ke dalam
perisian komputer ayahnya.

LATAR

LATAR TEMPAT

? Ruang tamu rumah Zel, rumah abah, ruang bilik komputer di rumah Zel, gedung
pakaian, ruang legar di sebuah pusat beli belah.

LATAR MASA

? Zaman sekarang atau zaman kemajuan teknologi maklumat. Buktinya,penggunaan
komputer secara meluas.
? Malam. Iaitu ketika Zel mengikut abang tirinya, Awi membeli hadiah untuk ayah
mereka.

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat korporat / peniaga . Ibu zel merupakan peniaga komputer yang berjaya.
? Golongan wanita yang menjadi ibu tunggal selepas bercerai.
? Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga .
? Masyarakat yang mementingkan penggunaan komputer.

PLOT

? Permulaan - diperkenalkan watak Zel yang tertekan akibat perceraian ibu dan
ayahnya.
? Perkembangan - digambarkan watak Zel yang semakin memuncak perasaan
benci terhadap ayahnya. Namun, ibunya melarang dia menyimpan perasaan
dendam.
? Perumitan -Perasaan benci Zel terhadap Awi, Aman dan Arif (adik beradik

tirinya) kerana bersikap seolah-olah cuba memisahkan diri Zel dengan
ayahnya.
? Puncak/ klimaks - Zel ingin menghantar virus komputer bagi merosakkan
program ZQ 1308 yang sangat penting kepada ayahnya. Win mengingatkan Zel
bahawa hasratnya itu akan turut menyusahkan dirinya sendiri dan mamanya.
? Peleraian - Zel membatalkan niatnya .

GAYA BAHASA

1. Bahasa Inggeris, Contohnya, survive, taste, inferior, career woman dan sebagainya..
2. Personifikasi. Contohnya, halilintar yang datang meragut tangkai jantungku
3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, ukhuwah
4. Pengulangan kata. Contohnya, Tentang keinginan Zel, tentang harapan Zel, tentang masa depan Zel
5. Simile. Contohnya, persis halilintar
6. Metafora. Contohnya, konkrit derita

NILAI

1. Kasih sayang. Contohnya, mama kasih akan anaknya, Zel
2. Simpati. Contohnya, Win,sahabat baik Zel menyatakan rasa simpatinya terhadap
nasib Zel yang menjadi mangsa perceraian.
3. Ketabahan. Contohnya, mama tabah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal
4. Yakin akan diri. Contohnya, mama yakin dia mampu berjaya walaupun tanpa
bantuan suami.
5. Kebijaksanaan.Contohnya,mama bijak menguruskan perniagaan hingga berjaya
6. Kerajinan. Contohnya, Zel dan Win yang rajin menuntut ilmu.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara mama dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan atau nasib
malang.
4. Kita hendaklah bersikap adil dan rasional .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mempunyai perasaan dendam.
6. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
7. Kita perlu mengikuti perkembangan semasa terutamanya dalam bidang komputer
supaya tidak ketinggalan.

AKU, KRIS dan KRISTAL


TEMA

Kejituan prinsip hidup dan kekentalan iman anak muda ketika merantau ke luar negara
untuk menuntut ilmu. PERSOALAN

1. Persahabatan yang terjalin tanpa mengenal agama, adat resam, budaya dan darjat.
2. Sikap berani menempuh kehidupan di rantau orang dalam usia muda.
3. Peranan ibu bapa dalam mengawasi pergaulan anak-anak dengan cara
memberikan nasihat walaupun tinggal berjauhan.
4. Didikan agama yang sempurna dapat melahirkan insan yang teguh imannya dan
dapat mengawal nafsu. WATAK DAN PERWATAKAN

AKU (HANA HASHIM)

1. Anak gadis kelahiran Malaysia yang menuntut di Universiti College Cardiff, Britain
2. Berusia 22 tahun
3. Ayahnya bernama Hashim
4. Berkulit sawo matang ,berwajah cantik , peramah , bijak dan pandai menjaga hati.
5. Sahabat baik Kris, Kristal, dan Samantha.
6. Berhemah tinggi dan berpegang teguh pada ajaran agama
KRIS

1. Sahabat baik Hana (Aku) dan Kristal.
2. Fasih berbahasa Melayu .
3. Berbangsa Inggeris.
4. Anak duta ke Malaysia yang kacak.
5. Rambutnya ikal dan matanya berwarna hazel.
6. Belajar di universiti yang sama.
7. Suka membantu orang lain. Apabila Hana menghadapi masalah tempat tinggal, Kris
mengajak Hana tinggal bersama dengan keluarganya.
8. Dalam diam-diam Kris mencintai Hana tetapi berpindah ke Jerman Barat apabila
mengetahui kononnya Hana sudah bertunang.
9. Memeluk agama Islam akhirnya.

KRISTAL

1. Kawan baik Kris dan Hana.
2. Gadis berbangsa Inggeris yang cantik dan bertubuh tinggi lampai.
3. Fasih berbahasa Melayu kerana pernah mengikut program pertukaran pelajar ke
Malaysia.
4. Bersahabat dengan Kris sejak kecil dan secara diam-diam mencintai Kris tetapi cintanya
tidak dibalas.
5. Mempunyai rasa cemburu menyebabkan persahabatannya dengan Kris dan Hana
musnah.
6. Membunuh diri dengan menelan pil tidur secara berlebihan kerana kecewa ditinggalkan Kris. LATAR

LATAR TEMPAT

? Universiti College Cardiff , Malaysia Hall, Barry Island, Jabatan Pulteney di Bath,
Luxembourg, rumah Mrs. Doogan, dan apartmen Hana.

LATAR MASA

? Zaman sekarang dan mengambil tempoh selama 3 tahun.
? Musim sejuk
? Malam, iaitu ketika Kris mengajak Hana ke majlis jamuan makan malam di rumah
seorang kawan.
? Petang, iaitu ketika Hana menerima surat daripada Acik di kampung atau ketika Hana
menerima kehadiran semula Kris.

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat berbangsa Inggeris dan Melayu di luar negara.
Contohnya, Hana melanjutkan pelajaran di Cardiff.
? Masyarakat pelajar universiti.
Contohnya, Hana, Kris, dan Kristal.

? Masyarakat yang memahami adat resam atau budaya orang lain.
Contohnya, Kris memahami adat dan budaya orang Melayu yang beragama Islam.

? Masyarakat yang mementingkan pelajaran.
Contohnya ,Hana, Kris, dan Kristal sentiasa tekun belajar untuk memperolehi kejayaan.

PLOT

? Permulaan - Pengarang memperkenalkan watak aku (Hana) yang telah tiga tahun
belajar di Cardiff. Ketika ?aku? termenung pada petang itu , dia terkenang kembali
akan peristiwa lalu . Kisah berikutnya disampaikan secara imbas kembali.

? Perkembangan - Hana yang berkenalan dengan Kris dan Kristal lalu menjadi
sahabat baik. Kris menyintai Hana, manakala Kristal menyintai Kris.

? Perumitan - Kristal mula mencemburui Hana apabila Hana mengikut Kris
melawat ke Luxembourg. Kristal tidak turut serta kerana ada urusan lain. Kris
meluahkan perasaan cintanya kepada Hana.

? Puncak/klimaks - Hana menolaknya kerana dia menganggap Kristal hanya
sebagai sahabat, selain alasan perbezaan agama dan budaya. Kris kecewa lalu
membawa diri ke Jerman. Kristal yang kecewa dengan pemergian Kris membunuh
diri dengan menelan pil tidur secara berlebihan.

? Peleraian - Sedang Hana mengelamun, pintu diketuk dan terdengar suara
orang memberi salam. Apabila pintu dibuka, dia melihat Kris datang sebagai
seorang Islam.

GAYA BAHASA

1. Penggunaan bahasa Inggeris. Contohnya: "Not even once?", Well, "Oh! That blond
handsome guy!".

2. Simile. Contohnya: "kerana iman yang menjadi bekalan cuma senipis kulit bawang.
3. Pengulangan. Contohnya: "Sesungguhnya saat itu amat manis, amat indah.
4. Simpulan bahasa. Contohnya: "tunjuk belang
5. Personifikasi. Contohnya: " tudungku melambai-lambai mengikut gerak angin.

NILAI

1. Hemah tinggi. Contohnya , Hana sentiasa menjaga hati sahabatnya.
2. Kasih sayang. Contohnya, Hana menyayangi Kris dan Kristal sebagai sahabat
semasa belajar di rantau orang.
3. Peramah. Contohnya, Kris, pemuda yang peramah kerana dia menegur Hana yang
ketika itu pelajar baru.
4. Kerajinan. Contohnya, Hana rajin belajar dan tidak menghabiskan masa berfoya-
foya walaupun dia mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
5. Keberanian. Contohnya, Hana berani melancong ke Luxembourg hanya bersama
dengan Kris.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah pandai membawa diri ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.
2. Kita hendaklah menjaga adat sopan dan maruah diri.
2. Kita hendaklah berusaha memelihara ikatan persahabatan.
3. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa.
4. Kita hendaklah bertindak secara rasional semasa mengalami kekecewaan.

SEBUTIR PASIR DI KAKI

TEMA

Perasaan menghargai tanah pusaka yang menjadi warisan keluarga.

PERSOALAN

1. Perjuangan untuk mempertahankan hak atau tanah pusaka
2. Ketegasan dan sikap tidak mudah lupa diri oleh pengaruh wang ringgit dan kekayaan.
3. Penindasan terhadap golongan miskin

WATAK DAN PERWATAKAN.

FUAD

1. Anak bongsu dalam keluarganya.
2. Berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi jangkung.
3. Berusia 27 tahun dan masih bujang.
4. Seorang anak muda yang keras hati dan tegas menuntut hak.
5. Bekerja di syarikat kepunyaan Datuk Sukar.
6. Kekasihnya junainah (anak Datuk Sukar).
7. Berani berdepan dengan Datuk Sukar untuk meminta penjelasan tentang tindakan
Datuk Sukar menyuruh emaknya menandatangani surat penjualan tanpa merujuk
kepadanya.

IBU FUAD

1. Seorang tua yang mudah percaya kepada kata-kata orang lain.
2. Tidak berpendidikan , buta huruf menyebabkan dia mudah ditipu.
3. Sayang akan anaknya ,Fuad.
4. Penyabar dan tidak mahu Fuad bergaduh dengan Datuk Sukar.

DATUK SUKAR

1. Usahawan berusia 50 tahun yang berjaya, kaya dan berpengaruh.
2. Ayah Junainah (tunang Fuad)
3. Suami Datin Sipah
4. Bertindak terburu-buru dengan mengambil tanah pusaka Fuad tanpa berbincang.
5. Panas baran kerana beliau memarahi Fuad apabila Fuad meminta kembali tanahnya.
6. Berwawasan dalam perniagaan.
7. Datuk Sukar bekerjasama dengan pelabur dari Hong Kong untuk membina sebuah
kilang tekstil.

JUNAINAH

1. Anak Datuk Sukar dan Datin Sipah.
2. Berusia 21 tahun.
3. Lepasan guru maktab.
4. Pengasih dan menyintai Fuad.

LATAR

LATAR TEMPAT

? di rumah Fuad, di tepi jalan, di rumah Datuk Sukar.

LATAR MASA

? Waktu petang, iaitu semasa Fuad baru pulang dari Singapura dan diberitahu oleh
emaknya bahawa Datuk Sukar telah mengambil tanah mereka.
? Waktu maghrib, iaitu ketika Fuad bersolat maghrib secara tergesa-gesa.
? Waktu malam, iaitu ketika Fuad ke rumah Datuk Sukar untuk menuntut kembali tanah
pusakanya.

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat peniaga atau usahawan.
Contohnya, Datuk Sukar seorang ahli peniagaan yang berjaya dan mampu
mengadakan kerjasama dengan peniaga dari Hong Kong.

? Masyarakat yang sangat sayangkan pusaka.
Contohnya, Fuad sangat sayang akan tanah pusakanya sehingga sanggup menolak
tawaran yang lumayan kerana tidak mahu kehilangan hak terhadap tanah
berkenaan.

? Masyarakat yang tidak terlalu mementingkan harta kekayaan atau pangkat.
Contohnya,Datuk Sukar bersedia menerima Fuad yang hanya berkelulusan SPM
sebagai menantunya walau pun dia mengetahui bahawa Fuad daripada keluarga
yang miskin.

PLOT

? Permulaan - diperkenalkan watak Fuad yang mengamuk apabila mengetahui
bahawa Datuk Sukar menyuruh emaknya menurunkan cap jari tanda bersetuju
untuk menjual tanah pusakanya.

? Perkembangan - digambarkan Fuad segera ke rumah Datuk Sukar dengan
menaiki beca selepas bersolat maghrib.Malangnya, Datuk Sukar tiada di rumah
dan Fuad menanti kepulangannya.

? Perumitan ? keadaan menjadi semakin rumit apabila Fuad enggan bertolak
ansur dan meminta Datuk Sukar mengembalikan geran tanah. Datuk Sukar
enggan malah menawarkan wang sebanyak RM280,000 untuk membeli tanah
tersebut. Namun, Fuad enggan.

? Puncak / klimaks - Datuk Sukar sangat marah kepada Fuad. Dia mengembalikan geran tanah milik Fuad dan menghalau Fuad walaupun dihalang oleh Junainah.

? Peleraian - Fuad yang mahu balik dipanggil semula oleh Junainah dan Datin
Sipah kerana Datuk Sukar pengsan.

GAYA BAHASA

1. Bahasa Inggeris. Contohnya ; ideal, model
2. Simile. Contohnya ; dianggap macam sampah, macam daun kering.
3. Peribahasa. Contohnya ; keras hati, bermain kayu tiga, dan lepas mulut.
4. Personifikasi. Contohnya ; malam semakin merangkak, rumah yang murung
dan sepi

5. Metafora. Contohnya ; tinggi jangkung
6. Simpulan bahasa. Contohnya ; air muka, bertegang leher
7. Repitasi. Contohnya ; Datuk Sukar orang besar , orang kaya, orang ada pengaruh.

NILAI

1. Kasih sayang. Contohnya , Fuad sangat sayang akan Junainah dan berhasrat untuk
memperisterikannya.
2. Baik hati. Contohnya, ibu Fuad meminta supaya Fuad tidak bergaduh dengan Datuk
Sukar.
3. Keberanian. Contohnya , Fuad berani melawan Datuk Sukar demi mempertahankan
tanah pusakanya yang cuba dibeli olehnya.
4. Rasional. Contohnya, Datin Sipah berfikiran rasional dengan merestui hubungan
anaknya dengan Fuad.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertindak secara rasional supaya tidak menyusahkan orang lain .
2. Kita hendaklah berani menuntut hak.
3. Kita hendaklah berunding secara baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah .
4. Kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain.
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada bersikap tamak akan harta kekayaan.

DI SISI RENDA

TEMA

Penderitaan hidup yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat semasa perang

PERSOALAN

1. Perang mengakibatkan hidup susah dan porak-peranda
2. Ikatan kasih sayang sesama manusia dan manusia dengan haiwan
3. Perjuangan untuk meneruskan kehidupan yang sentiasa diancam oleh tentera Jepun
yang zalim
4. Kepercayaan tentang mitos dan peranan keris dalam kehidupan masyarakat Melayu

WATAK DAN PERWATAKAN

JUMARI JIPAN

1. Seorang kelasi
2. Orang tua yang menjadi datuk angkat Deliah
3. Kawan baik Ripin (datuk Deliah ) yang terkorban akibat terkena bom tentera Jepun
4. Pernah bertugas dengan askar British
5. Baik hati kerana dia sanggup membawa Deliah ( cucu Ripin dan anak yatim piatu)
ke tempat kerjanya di dalam bot
6. Berani lari daripada askar Jepun
7. Bijak menyembunyikan bot daripada askar Jepun supaya mudah melarikan diri.

DELIAH

1. Comel, berkulit putih, hidung mancung, kening lebat dan rambut kerinting
2. Anak yatim piatu .Ayah,ibu,kakak,dan datuknya terbunuh terkena bom tentera Jepun.
3. Tinggal bersama dengan Jumari Jipan setelah kematian semua anggota keluarganya
4. Sahabat baiknya ialah seekor kucing bernama Rinda
5. Selalu bercakap sendiri dan berbual dengan kucingnya.
6. Percaya kepada mitos dengan mengatakan bahawa keris yang ditemukan oleh Jumari
Jipan milik datuknya yang mempunyai ?kuasa sakti ?
7. Digelar Cik Jenin kerana pandai bercerita.

LATAR

LATAR TEMPAT

? Di dalam bot tempat Jumari Jipan bekerja, di kampung nelayan, di bekas khemah tentera rejimen Melayu, di dalam bot tempat Deliah menyembunyikan diri semasa
dikejar oleh tentera Jepun, di tepi muara.

LATAR MASA

? Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut.

? Masyarakat Melayu yang masih percaya dengan unsur mitos

? Masyarakat yang menjadi mangsa peperangan, terpaksa hidup menderita semasa
pemerintahan tentera Jepun yang kejam.

? Tentera Jepun yang selalu bertindak kejam terhadap orang-orang yang tidak bersalah.

PLOT

? Permulaan - diperkenalkan dengan watak Jumari Jipan (orang tua)dan Deliah (anak
kecil yang yatim piatu)

? Perkembangan - digambarkan konflik yang dihadapi oleh Jumari Jipan , iaitu
Deliah mahu mengikutnya kerana Deliah takut untuk tinggal di rumah semenjak
rumahnya kena bom tentera Jepun.

? Perumitan - digambarkan Jumari Jipan terpaksa membawa Deliah dan kucing
kesayangannya, Rinda ke dalam bot kerana Jumari bekerja di situ.Jumari terpaksa
berbuat begitu walaupun dia tahu bahawa bot itu sentiasa terdedah kepada serangan
tentera Jepun.

? Puncak / klimaks - digambarkan Jumari Jipan dan Deliah berjaya melarikan diri apabila
dikejar oleh askar-askar Jepun

? Peleraian - Jumari Jipan dan Deliah serta Rinda berjaya sampai di bot yang
disembunyikan oleh Jumari Jipan semasa mereka menyelamatkan diri daripada
tentera Jepun.Dengan bot itulah mereka melarikan diri dari tempat itu.

GAYA BAHASA

1. Bahasa Indonesia. Contohnya ; Wak, Rentjong Atjeh ( Rencong Aceh)
2. Personifikasi. Contohnya ; bot kecil itu berlenggang-lenggang
3. Repitasi. Contohnya ;mereka memang sama-sama sekolah,sama-sama seiring
remaja,sama-sama sehari bersunat,sama-sama beransur dewasa.
4. Metafora. Contohnya ; mata belolok ( mata terbeliak seperti buah belolok)

NILAI

1. Kasih sayang. Contohnya , Jumari Jipan sangat sayang akan Deliah dan membawa
Deliah ke mana-mana untuk memastikan Deliah selamat.
2. Belas kasihan atau simpati. Contohnya , Jumari Jipan berasa sangat kasihan kepada
Deliah yang kehilangan seluruh anggota keluarganya akibat terkena bom tentera Jepun.
3. Kecekalan / ketabahan. Contohnya , Jumari jipan sentiasa cekal menghadapi pelbagai
dugaan atau keadaan bahaya yang mengancam nyawa pada zaman perang.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersimpati dan membantu anak yatim piatu.
2. Kita hendaklah cekal ketika menghadapi pelbagai dugaan atau kesusahan lebih-lebih
lagi pada zaman perang.
3. Kita hendaklah berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada musuh yang senantiasa
bersikap kejam
4. kita hendaklah menyayangi segala makhluk di dunia ini termasuklah haiwan.
5. Kita hendaklah bersyukur menikmati kemerdekaan.

MARIAH

TEMA

Perasaan kasih sayang yang wujud dalam hati manusia hingga melahirkan sikap perihatin
dan semangat tolong -menolong.

PERSOALAN

1. Kegigihan seorang pelajar perempuan menjaga ayah yang sakit atau mengalami
tekanan perasaan .
2. Kegigihan seorang pelajar perempuan mencari perbelanjaan untuk menuntut ilmu.
3. Sikap prihatin guru untuk membantu pelajarnya yang ditimpa malang .
4. Persahabatan yang sejati yang berkekalan pada masa senang atau susah.

WATAK DAN PERWATAKAN

MARIAH

1. Seorang pelajar tingkatan enam yangbBerbudi bahasa
2. Wajahnya bujur sirih.
3. Mengalami nasib yang kurang baik dalam hidupnya. Adiknya, Hillmi terbunuh kerana
dilanggar oleh teksi. Ibunya pula meninggal dunia secara mengejut selepas
berbuka puasa . Ayahnya pula mengalami tekanan jiwa kerana menyalahkan diri
sendiri akibat kematian anak dan isteri.
4. Sangat tabah menghadapi penderitaan hidup.
5. Rajin dan berdikari. Dia membuat kuih dan berniaga di kedai Mak Usu Lijah untuk
mencari nafkah kerana ayahnya sudah tidak berkerja lagi.
6. Penyayang dan berbudi bahasa .Mariah sangat sayang akan ayahnya sehingga dia
saggup menyerahkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli buku kepada
ayahnya .

PAK CIK BAKAR

1. Ayah Mariah .
2. Dia mengalami tekanan jiwa semenjak kematian anak dan isterinya
3. Imannya dianggap rapuh kerana ia selalu meninggalkansolat.
4. Mudah mengikut perasaan. Dia yang mengganggap dirinya punca anak lelakinya Hilmi
mati dilanggar teksi.
5. Degil atau sukar diberi nasihat .Lebai kudin sudah berkali-kali menasihatinya supaya
meninggalkan amalan suka mabuk .Namun begitu dia tidak mempedulikan nasihat
itu .
6. Sanggup mencari wang dengan cara meminta sedekah .
7. Akhirnya meninggal dunia di hospital akibat dilanggar oleh lori.

CIKGU TINI

1. Seorang guru kaunseling yang mengambil berat tentang masalah Mariah.
2. Sanggup membelikan buku rujukan Ekonomi Mariah bagi membantunya belajar.
3. Menjadi pendorong dan penguat semangat Mariah

LATAR

LATAR TEMPAT

? Di perpustakaan ,di kantin sekolah , di bilik kaunseling , di rumah Mariah,di luar wad
kecemasan .

LATAR MASA

? latar masa pula meliputi waktu pagi, tengah hari dan malam .

LATAR MASYARAKAT

? Masyarakat sekolah iaitu pelajar dan guru. ? Masyarakat yang mementingkan pelajaran.
Contohnya, Cikgu Tini segera membantu Mariah yang merosot pencapaiannya .

? Masyarakat yang prihatin.
Contohnya,Cikgu Tini, Borhan ,dan kawan-kawan Mariah menghulurkan bantuan
kepada Mariah apabila ayah Mariah ditimpa kemalangan jalan raya .

? Masyarakat yang lemah imannya.
Contohnya , ayah Mariah bertindak menurut perasaan setelah kematian kematian anak
dan isterinya . Kesan daripada kegagalan mengawal perasaan itu , dia selalu mabuk
serta sanggup meminta sedekah di stesen bas .

? Masyarakat miskin yang sentiasa dilanda masalah tetapi tabah.
Contohnya , seperti Mariah.

PLOT

? Permulaan - diperkenalkan watak Mariah yang menghadapi masalah sehingga
pelajarannya merosot dan dia dipanggil oleh kaunselor sekolah , Cikgu Tini.

? Perkembangan - digambarkan mengalami konflik jiwa kerana memikirkan ayahnya yang
hidup seolah-olah tidak menentu dan hilang arah setelah kematian anak dan isteri.

? Perumitan - Konflik yang dialami oleh Mariah semakin rumit apabila ayahnya selalu
mabuk untuk melupakan segala masalah. Selain itu ,ayahnya yang tidak bekerja lagi itu
telah meminta sedekah daripada orang ramai di stesen bas.

? Puncak /klimaks - digambarkan ayah Mariah ditimpa kemalangan jalan raya .Mariah
segera ke hospital untuk menziarahi ayahnya.

? Peleraian - digambarkan Borhan berjanji di hadapan Cikgu Tini bahawa dia akan
menjaga Mariah sampai bila-bila.

GAYA BAHASA

1. Bahasa Inggeris. Contohnya ; ballpen
2. Bahasa Arab . Contohnya ; Alhamdulillah , maghrib
3. Simile. Contohnya ; Mariah tersentak seperti tersentuh periuk panas.
4. Peribahasa . Contohnya ; anak emas , kecil hati
5. Metafora . Contohnya ; kegelisahan yang bertali-tali, wajah bujur sirih
6. Personifikasi . Contohnya ; ketika matanya menyambar isi dalam bilik itu ,dia
tersambar mata Cikgu Tini.

7. Repitasi/ pengulangan kata . Contohnya; sahlah Cikgu Tini sudah mengetahui
,sahlah juga Cikgu Tini menjemputnya sekadar untuk mendapatkan keterangan lanjut
,sahlah dia tidak boleh berdalih .

NILAI

1. Kasih sayang . Contohnya ,Mariah sayang akan ayahnya yang tidak menentu hidup .dia
mengawasi pergerakan ayahnya dan memarahi ayahnya kerana meminta sedekah
. 2. Simpati .Contohnya, Edah , sahabat baik Mariah sentiasa bersimpati kepada Mariah
dan dia sanggup memberi bantuan kepada Mariah .
3. Kerajinan . Contohnya,Mariah rajin belajar di samping membuat kuih atau nasi lemak
untuk dijual bagi memperoleh pendapatan .
4. Kesabaran .Contohnya, Mariah sentiasa bersabar menghadapi kerenah ayahnya yang
selalu bertindak mengikut emosi.
5. Keikhlasan. Contohnya , Cikgu Tini ikhlas membantu Mariah.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersimpati dan memberikan bantuan kepada orang yang bernasib
malang.
2. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup.
3. Kita hendaklah sentiasa ikhlas membantu orang lain
4. Kita hendaklah sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain.
5. Seorang anak hendaklah berusaha menjaga ayahnya pada setiap masa.
6. Seorang pelajar hendaklah rajin belajar supaya beroleh kejayaan


Search Box

Blog Counter

Free Hit Counter