1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 - 150 patah perkataan.
2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada
secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
2. Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada
hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Watak dan Perwatakan 1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan
cara berinteraksi sesama watak dan alam.
2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak
langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu
watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak
statik, protagonis dan antagonis.
5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap,
rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan
seseorang atau watak itu.
6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan
pembaca.
7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada
menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan
permasalahan dari awal hingga akhir.
9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak
bergerak.
10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting
dalam cerita disebut watak sampingan.
11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya
orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator,
koruptor, penjenayah, dan sebagainya.
12. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
Plot 1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah 1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. (a) Imbas kembali i. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang (b) Imbas muka i. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal (c) Saspens i. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang (d) Konflik i. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan (e) Kejutan i. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara (f) Dialog i. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada (g) Monolog i. Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian seperti watak (h) Monolog dalaman i. Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak untuk menyatakan isi 1. Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat (a) Latar tempat Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi (b ) Latar waktu atau masa Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau (e) Latar peralatan cerita dan watak Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita. 1. Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan (a) Sudut pandangan orang pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain (c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan (d) Sudut pandangan objektif Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya
cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara
berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka
dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau
kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubahsuai mengikut kemahuan
pengarang.
4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak
kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga
mencapai peleraian.
5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan
watak-watak, latar, dan suasana.
6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
7. Peristiwa berkembang kepada peringkat p
ertenga-han cerita, iaitu perumitan
(komplikasi).
8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang
maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang
puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
semula peristiwa yang pernah dialaminya.
ii. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau
khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman.
atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan
daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
ii. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan di kalangan pembaca
terhadap sesuatu yang akan berlaku.
menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu
di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
selanjutnya.
dalam satu urutan plot.
ii. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam din watak
dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain
atau antara watak dengan alam sekitar.
iii. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea,
sikap, atau pemikiran?
tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
ii. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan
yang diduga oleh pembaca.
dua watak.
ii. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar
pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
yang sedang berdoa, meratap, mengeluh atau merungut
hati, pergolakan batin atau fikiran.
ii. Dikenal pasti melalui kata-kata rintih hatinya, keluhnya , bisik
hatinya dan sebagainya.
dalam cerita.
2. Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan
perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi
pelbagai latar.
3. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan,
tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
4. Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
geografi.
musimnya.
etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian
dengan watak.
pihak yang menceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai
hubungan yang erat dengan watak.
2. Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca
dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang
terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
3. Teknik sudut pandangan:
sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru
dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif.
Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan
cerita lebih realistik.
menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap
dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk
mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada
mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
(melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang
tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri
terhadap cerita tersebut.
Nilai Antara contoh nilai ialah: 1. Baik hati 1. Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej (walau bagaimanapun, pelajar-pelajar tidak digalakkan untuk menulis nilai-nilai berbentuk negatif)
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kegigihan
14. Ketabahan
15. Kesabaran
16. Tanggungjawab
17. Kesederhanaan
18. Kesyukuran
19. Rasional
20. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.
yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya
kepada pembaca/penonton.
2. Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung
tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
3. Jika nilai positif, mulakan dengan
- Kita hendaklah ??.. (diikuti dengan contoh dalam teks)
- Kita mestilah??.
- Kita seharusnya?..
4. Jika nilai negatif, mulakan jawapan dengan
- Kita jangan?? (diikuti dengan contoh dalam teks)
- Kita tidak boleh?.
No comments:
Post a Comment