PEMIKIRAN (TEMA) Nilai keagamaan yang mendalam pada manusia yang pada kebiasaannya mempunyai PERSOALAN 1. Perbuatan jahat yang dibalas dengan kebaikan .Contohnya, raja yang hendak menangkap rama-rama telah terjatuh ke dalam kolam air panas ,tetapi rama-rama itu telah menolong raja berkenaan. WATAK DAN PERWATAKAN NUR ATMA 1 DAN NUR ATMA 2 1. Perempuan tua yang banyak pengalaman hidup BADUT 1. Berusia 35 tahun JURAGAN 1. Lelaki yang berumur lingkungan 45 tahun. BIDAN TUK MAH 1. Berusia 40 tahun WAK KELETUNG 1. Bercakap loghat Terengganu. LATAR LATAR TEMPAT ? Mungkin sekali di sebuah kawasan kampung kerana ada disebut pulau,tanjung, muar, laut dan di dalam hutan rimba. LATAR MASA ? Subuh, siang dan malam LATAR MASYARAKAT ? Masyarakat daripada pelbagai golongan / susun lapis. ? Masyarakat yang berpecah belah kerana berlaku pertentangan dalam isu agama. ? Masyarakat yang mempunyai pelbagai fungsi. |
PLOT ? Dimulakan dengan watak muncul di pentas untuk memperkenalkan diri.Kemudiannya Nur Atma bercerita tentang kisah hidupnya .Dia mengaku sudah tua dan banyak pengalamannya. ? Selepas itu,muncul watak badut (raja).Suatu ketika dahulu dia merupakan seorang raja tetapi ketika mencuba menangkap rama idaman pemaisurinya,dia terjatuh ke dalam kolam air panas .Rama-rama yang hendak ditangkapnya itu telah menyelamatkannya. Warna pada sayap rama-rama itu telah melekat di mukanya hingga digelar orang sebagai badut. ? Seterusnya ,muncul watak juragan yang mengalami hidup yang tidak menentu. Akhirnya dengan petunjuk dari Nur Atma dan badut ,dia dapat mengikut jalan yang betul. Selanjutnya dipaparkan watak askar dan orang tawanan .Walaupun mereka berlainan kedudukan namun,mereka sama-sama mempercayai tuhan yang sama. ? Seterusnya muncul Wak Keletung yang hendak menembak orang yang bersembahyang dua imam (bagi menggambarkan perpecahan dalam kalangan umat Islam).Kemudian,muncul pula watak orang bertapa yang kegelisahan kerana dia sudah lama bertapa mencari hidayah tetapi tidak mendapat rahmat Allah. Ini mungkin disebabkan dia beribadat tanpa keikhlasan. ? Akhirnya muncul watak bidan Tuk Mah yang berasal daripada keluarga bangsawan tetapi mengikut Peran merantau untuk berlakon dan menari sehingga menjadi bidan . GAYA BAHASA 1. Penggunaan dialog berbentuk puisi. Contohnya ;Dahan duku dahan bakau,tuhan daku tuhan dikau , daku dikau ,dikau daku. NILAI 1. Ketaatan kepada Allah. Contohnya, Nur Atma ,badut dan watak-watak yang lain menunjukkan rasa taat kepada Allah. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengasihi sesama makhluk sama ada manusia atau haiwan. |
PEMIKIRAN (TEMA) Kasih sayang dapat menyatukan manusia dari benua yang berlainan. PERSOALAN 1. Pengorbanan seorang puteri yang terpaksa berjauhan daripada keluarganya dan tanah air demi mengukuhkan hubungan diplomatik dua negara melalui perkahwinan. WATAK DAN PERWATAKAN PUTERI HANG LI PO 1. Puteri negeri China berwajah cantik yang berusia 18 tahun SULTAN MANSUR SYAH 1. Sultan Melaka pada kurun ke -15 HANG JEBAT 1. Pahlawan yang berani bergelar laksamana. TUN PERPATIH PUTIH 1. Seorang bendahara selaku penasihat DANG WANGI 1. Dayang di istana Puteri Hang Li Po. LATAR LATAR TEMPAT ? negeri Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka . LATAR MASA ? Kurun ke 15 pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. LATAR MASYARAKAT ? Masyarakat Melayu lama |
PLOT ? Permulaan - Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China berasa kesepian di istananya. Dia tidak suka akan suaminya, Sultan Mansur Syah kerana jarang -jarang datang ke istananya. Beliau hanya bertemankan dayang-dayang istana. ? Perkembangan - Puteri Hang Li Po dianugerahi gelaran " hang " oleh Sultan Mansur Syah. Dalam majlis itu beliau diperkenalkan kepada tiga orang madunya. Puteri Hang Li Po berasa terhina dan mengamuk apabila balik ke istananya. ? Perumitan ? Setibanya di istana ,Raden Galoh telah memujuk Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Syah pula sudah lama tidak berkunjung ke istana Puteri Hang Li Po. Hal ini menyebabkan Puteri Hang Li Po berasa sunyi dan teringat akan Hang Jebat. ? Puncak / klimaks - Beliau pun memanggil Hang Jebat lalu meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak. Puteri Hang Li Po berasa malu lantaran cintanya ditolak oleh Hang Jebat. Apabila beliau mengetahui bahawa Dang Wangi merupakan kekasih Hang Jebat, Dang Wangi telah ditukarkan ke istana Nur Pualam. ? Peleraian - Puteri Hang Li Po menyedari kesilapannya lalu mengubah sikap dengan berusaha untuk mencintai suaminya dan menjaga nama baik suaminya (Sultan Mansur Syah). Tambahan pula, dia sudah hamil. GAYA BAHASA 1. Penggunaan bahasa istana. Contohnya; patik,tuanku, pacal dan murka. NILAI 1. KeadiIan. Contohnya, Sultan Mansur Syah memerintah negeri Melaka dengan adil sehingga semua pembesar dan rakyat menyukainya. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran dan adat resam di tempat baru. |
PEMIKIRAN (TEMA) Sikap tamak dan kejam dalam jiwa orang yang ingin terus berkuasa. PERSOALAN 1. Kezaliman yang dilakukan lambat laun akan menerima pembalasan. WATAK DAN PERWATAKAN SRISEGALA 1. Seorang pemimpin yang menguasai sebuah gong dan kerusi (takhta pemerintahan) PUTRA 1. Merupakan suami Masayu MASAYU 1. Merupakan isteri Putra. TUTA UTAMA, TUTA I,II DAN III 1. Pengikut setia Srisegala yang sanggup melaksanakan segala perintah walaupun zalim. WIRA I,II dan III 1. Pengikut Putra yang membantunya merampas kuasa SriSegala LATAR LATAR TEMPAT ? Pengarang mencatat peristiwa ini boleh berlaku di mana-mana saja . Ini menunjukkan bahawa kejadian orang yang gila kuasa boleh berlaku di mana- Mana sahaja di dunia ini. LATAR MASA ? Pengarang mencatat peristiwa ini juga boleh berlaku pada bila-bila masa . Ini menunjukkan bahawa isu orang gila kuasa dianggap peristiwa yang releven sepanjang masa LATAR MASYARAKAT ? Masyarakat yang taat setia kepada ketua masing-masing. |
PLOT ? Permulaan - Diperkenalkan dengan watak Srisegala dan para pengikut setianya iaitu Tuta U tama,Tuta I,Tuta II dan Tuta III.Srisegala bangga dan angkuh akan kuasa yang dimilikinya. ? Perkembangan - Digambarkan cubaan Wira I,Wira II ,Wira III dan Putra mencabar Srisegala tetapi gagal ? Perumitan - Masayu mencari suaminya Putra .Dia membawa keris supaya dapat dijadikan senjata oleh suaminya .Namun, usaha Masayu dihalang oleh Srisegala. Srisegala sanggup membutakan mata Putra. Masayu pula terpikat dengan Srisegala setelah ditawarkan segala kemewahan dan menyebabkan dia melupakan suaminya. ? Puncak/klimaks - Wira I,Wira II dan Wira III berpadu tenaga serta mendapat nasihat daripada Putra untuk melawan Srisegala dan para pengikut setianya .Akhirnya , usaha mereka menewaskan Srisegala berjaya. ? Peleraian - Digambarkan kejayaan Putra menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini menjadi milik Srisegala .Masayu pula kembali kepada Putra. GAYA BAHASA 1. Bahasa Inggeris. Contohnya ; silencer NILAI 1. Keberanian . Contohnya, Putra berani menentang ketidakadilan dan kezaliman Srisegala seorang diri . PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bekerjasama menentang kezaliman. |
No comments:
Post a Comment