Friday, January 4, 2008

Prosa Tradisional

Sabor

? Dalam bahagian prosa tradisional, para pelajar dikehendaki memahami jalan cerita sebaik mungkin dan maksud rangkai kata tertentu .Aspek kajian sastera tidak dibincangkan kerana tiada soalan sastera yang akan dikemukakan dalam bahagian pemahaman prosa tradisional.

SINOPSIS

? Jibor dan Sabor merupakan adik beradik. Siti Saidah merupakan isteri Jibor.

? Pada suatu hari ,Sabor dibawa oleh Jibor ke rumahnya dan diperkenalkan dengan isterinya Siti Saidah.Sabor pun mendapat jamuan yang istimewa dan bergembira sepanjang hari.

? Setelah beberapa hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah mula terpikat kepada Sabor .Walaupun sebelum itu Siti Saidah ada melakukan perbuatan sumbang dengan orang lain tetapi kini Sabor yang diingatinya siang dan malam.

? Setelah 20 hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah membuat strategi untuk menggoda Sabor. Pada suatu malam, Jibor tidur nyenyak setelah diberi makan majun oleh Siti Saidah.Kesempatan ini diambil oleh Siti Saidah.Dia telah masuk ke bilik Sabor, memadamkan pelita, lalu dipeluk dan diciumnya Sabor.

? Sabor terkejut dan memarahi Siti Saidah .Namun begitu, Siti Saidah terus menggodanya.Walaupun Sabor hampir tergoda akibat hasutan syaitan tetapi dia teringat akan pesan guru agamanya lalu beristighfar dan membaca ayat suci al-Quran.Dia menjadi bertambah takut akan Allah SWT.

? Setelah gagal memujuk Sabor ,Siti Saidah berasa sangat marah dan berasa tercabar kerana sebelum ini usahanya untuk memikat lelaki tidak pernah gagal. Lalu, dia mengugut hendak membunuh Sabor lalu kembali tidur di sisi suaminya.

? Sabor pun mengucap syukur .Kemudian dia teringat lagi pesan Raja Damsyik (guru agamanya) tentang tidak baik melambatkan kerja dan segala kerja kebajikan hendaklah disegerakan. Pesan raja lagi jangan bermalam di rumah orang tua yang beristeri muda kerana kemungkinan akan digoda oleh isterinya .Jika dituruti kehendaknya pasti nanti akan mendapat balasan neraka.

? Dalam pada berfikir-fikir itu, Sabor terdengar azan Subuh berkumandang.Sabor segera mengerjakan solat Subuh dan berdoa agar ditambah iman dan amalannya.

? Sementara itu, Siti Saidah telah memfitnah Sabor dengan memberitahu suaminya, Jibor bahawa dirinya hendak dicabul oleh Sabor. Tanpa usul periksa, Jibor pun berasa marah dan memberitahu isterinya bahawa dia hendak membunuh Sabor dengan tipu muslihatnya.

? Maka ,Jibor telah menghadiahi Sabor kopiah buatan Rom yang mahal dan halus buatannya. Setelah memakai kopiah itu , Sabor hendak memberitahu Jibor akan hal Siti Saidah tetapi dia berasa malu.

? Kemudian Jibor mengarahkan empat orang askar upahan supaya pergi ke masjid dan memenggal leher orang yang memakai kopiah buatan Rom semasa dia sedang bersembahyang Maghrib.

? Ketika hendak bersembahyang, kepala Sabor berasa pening kerana kopiah Rom itu terasa berat. Lalu,kopiah tersebut dibuka dan diletakkan di atas mihrab.Dia memakai sapu tangan sahaja . Tiba-tiba jauhari (tukang emas) yang berada di dalam masjid itu terlihat kopiah yang cantik itu, lalu dipakai oleh jauhari pula.

? Apabila empat orang askar upahan itu tiba di masjid, maka mereka terlihat orang yang sedang memakai kopiah Rom itu.Semasa imam membaca surah al-Fatihah, askar upahan itu terus masuk ke dalam masjid dan memenggal leher jauhari, kepalanya putus dan terpelanting ke kaki Jibor.

? Jemaah yang sedang bersembahyang berasa terkejut lalu lari lintang pukang.Sabor dan imam sahaja yang tidak batal sembahyangnya kerana tidak lari.Jibor juga terkejut dan melompat kehairanan kerana jauhari yang terbunuh dan bukannya Sabor seperti yang dirancang.

? Selesai bersembahyang , barulah Jibor tahu bahawa Sabor telah difitnah oleh Siti Saidah .

? Jibor terfikir, pasti jauhari tersebut ada melakukan dosa dengan Siti Saidah, sebab itulah dia mati, sementara Sabor terlepas daripada bala.

Kezaliman Membawa Padah

SINOPSIS

? Cerita ini mengisahkan tiga orang sahabat yang telah pergi menuntut ilmu agama ke Pasai. Kemudian mereka telah merantau untuk berdakwah.Seorang pergi ke Samarlingga, seorang lagi ke Borgozan sementara seorang lagi bernama Tun Jana Khatib telah pergi ke Singapura.

? Semasa beliau lalu berhampiran dengan istana, Tun Jana Khatib yang memiliki ilmu khayal lillah lagi tauhid dua belas alam menguji ilmunya dengan menilik sepohon pinang lalu terbelah dua.

? Kebetulan, perbuatannya itu terlihat oleh raja perempuan (permaisuri). Dalam masa yang sama ,perbuatan tersebut juga telah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja yang menganggap Tun Jana Khatib sengaja melakukan pebuatan itu untuk menarik perhatian raja perempuan.

? Paduka Seri Maharaja berasa sangat murka lalu memerintahkan supaya Tun Jana Khatib dibunuh, berhampiran orang berniaga kuih 'bikang'. Apabila Tun Jana Khatib ditikam,darahnya menitik ke bumi tetapi jasadnya ghaib entah ke mana.

? Dengan tutup bikang,pembuat bikang itu menutup darah Tun Jana Khatib lalu menjadi batu. Dikatakan hingga sekarang batu tersebut masih terdapat di Singapura.Menurut cerita, badan Tun Jana Khatib berada di Langkawi lalu dikebumikan orang.

? Akibat kezaliman Paduka Sri Maharaja, Singapura telah ditimpa bala iaitu Singapura dilanda todak. Banyak rakyat yang mati. Paduka Seri Maharaja memerintah rakyat supaya berkubukan betis (kaki) .

? Todak yang menyerang semakin banyak dan sangat ramai pula orang yang mati terkorban ditikam oleh todak.

? Tiba-tiba muncul seorang budak mencadangkan supaya berkubukan batang pisang sahaja ,bukannya betis. Paduka Seri Maharaja menerima cadangan tersebut lalu memerintahkan rakyatnya berkubu batang pisang. Todak yang terlekat pada batang pisang ditetak oleh rakyat ,terlalu banyak yang mati sehingga tidak termakan oleh penduduk Singapura.

? Paduka Seri Maharaja berasa kagum dengan kebijaksanaan budak itu dan sayang kepadanya. Namun, wujud perasaan dengki dalam kalangan pembesar negeri. Mereka pun menghasut Paduka Seri Maharaja agar budak tersebut dibunuh kerana kecil-kecil lagi sudah terlalu bijak ,apatah lagi jikalau sudah dewasa, kemungkinan nanti Paduka Seri Maharaja akan dilawan oleh budak itu. Paduka Seri Maharaja bersetuju dan budak itu pun dibunuh .

? Setelah mangkat ,Paduka Seri Maharaja digantikan oleh anaknya Raja Iskandar Syah yang beristerikan anak Tun Perpatih Tulus.

? Ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah bergelar Sang Rajuna Tapa berasal dari Singapura.Anak perempuannya merupakan salah seorang gundik raja. Oleh sebab terlalu cantik dan lebih disayangi oleh raja maka gundik-gundik yang lain berasa cemburu. Dia difitnah oleh gundik raja yang lain kononnya berlaku curang. Raja Iskandar Syah terlalu murka dan memerintah anak Sang Rajuna Tapa supaya disula di hujung pasar.

? Sang Rajuna Tapa berasa terlalu malu kerana baginya jika benar anaknya melakukan kejahatan, bunuhlah sahaja, tetapi janganlah memalukannya dengan cara begitu.

? Sang Rajuna Tapa berdendam dengan tindakan Raja Iskandar Syah, lalu dia menulis surat ke Majapahit dengan memaklumkan bahawa sekiranya Betara Majapahit hendak menyerang Singapura, dia akan belot dari dalam kota.

? Setelah menerima surat tersebut, Betara Majapahit pun berlengkap dengan tiga ratus buah kapal (jong) dengan beribu-ribu rakyat Jawa lalu menyerang Singapura.

? Apabila Raja Iskandar memerintah Sang Rajuna Tapa mengeluarkan beras untuk diberikan kepada rakyat, Sang Rajuna Tapa berkata tidak ada kerana dia hendak belot.

? Tengah malam itu, Sang Rajuna Tapa pun membuka pintu kota dan orang-orang Jawa pun masuk menyerang. Ramai rakyat kedua-dua belah pihak mati terkorban.Darah melimpah-limpah.

? Raja Iskandar Syah pun melarikan diri ke Seletar lalu ke Muar, Johor. Rumah Sang Rajuna Tapa roboh, bekas menyimpan padi tumbang dan beras yang ada menjadi tanah.

? Dengan takdir Allah,Sang Rajuna Tapa dan isterinya pun menjadi batu akibat derhaka kepada raja. Setelah Singapura kalah, orang-orang Jawa pun pulang semula ke Majapahit.

Asal Usul Raja Kecil

SINOPSIS

? Cerita ini mengisahkan suka duka anak Almarhum Sultan Mangkat Dijulang yang dilahirkan oleh Encik Pung.

? Kisah bermula dengan Laksamana menyorokkan Encik Pung semasa dia hendak bersalin kerana bimbang ada orang lain tahu bahawa Almarhum Sultan Mangkat Dijulang mempunyai keturunan.

? Setelah dia bersalin, Encik Pung menyuruh Laksamana melarikan anaknya.

? Laksamana meminta Raja Negara Selat menyerahkan anak Encik Pung kepada Temenggung Muar untuk dipelihara. Raja Negara pun pergi ke Johor menyerahkan anak Marhum Mangkat Dijulang itu kepada Temenggung Muar. Sejak itu, putera tersebut dipelihara oleh Temenggung Muar seperti anaknya sendiri.

? Tujuh tahun kemudian ,semasa Temenggung Muar ke Johor ,dibawanya sekali anak raja itu berjumpa Laksamana .

? Di Johor ,setiap hari anak raja bermain-main di makam ayahandanya di Kota Tinggi. Ramai kanak -kanak mengikut perbuatannya tetapi mereka muntah darah apabila makan rumput.

? Tersebarlah berita tersebut dan sampai ke telinga Yang Dipertuan Muda lalu diperintahkan orang untuk mencari anak raja itu.

? Bimbang akan keselamatan anak raja itu, Laksamana berpakat dengan Raja Negara untuk melarikan anak raja itu ke tempat lain. Laksamana meminta sahabatnya, Nakhoda Malim , orang Minangkabau memeliharanya, lalu dibawa ke Jambi. Anak itu dinamakan Tuan Bujang.

? Tuan Bujang kemudiannya dibawa ke Jambi sebelum ke Pagaruyung lalu menghadap Yamtuan Sakti.Yamtuan Sakti berasa gembira apabila mengetahui bahawa Tuan Bujang adalah cucunya. Begitu juga dengan Tuan Puteri Jilan yang dapat mengenali Tuan Bujang melalui pandangan matanya dan mengatakan Tuan Bujanglah anak raja yang akan membalas kematian bapanya.

? Tuan Bujang pun tinggal di Pagaruyung dan seharian asyik bermain di singgahsana. Apabila dayang-dayang melarang, Puteri Jilan mengatakan bahawaTuan Bujang memang waris takhta dan tidak akan terkena sumpahan (tulah) kerana bermain di singgahsana raja sebab dia anak adiknya di Johor.

? Apabila berumur 13 tahun, Tuan Bujang pergi merantau ke Batanghari untuk menuntut ilmu hinggalah ke Palembang, beliau hendak memperhambakan diri dan taat setia kepada Sultan Lema Abang.

? Sultan pun memelihara Tuan Bujang ,namun sultan berasa hairan kerana semenjak Tuan Bujang bekerja sebagai pembawa tepaknya, badan Sultan asyik sakit- sakit sahaja. Ini menunjukkan darjat Tuan Bujang lebih tinggi daripada sultan.

Kepahlawan Tun Beraim Bapa

SINOPSIS

? Cerita ini mengisahkan kehebatan Tun Beraim Bapa bermain senjata dan menumpaskan pahlawan-pahlawan lain.

? Cerita bermula dengan Tun Beraim Bapa meminta bendaharanya iaitu Dara Sipir menyediakan kelengkapan mandi seperti bedak dan limau kerana dia hendak mandi bersama para pegawai, hulubalang dan guru-gurunya di sungai . Setelah mandi, Tun Beraim Bapa pulang ke istana.

? Baginda menghadiahkan pakaian yang cantik kepada saudara dan hulubalang sebelum baginda sendiri memakai pakaian istimewa, bertengkolok, berkeris, berpedang halilintar dan peralatan memanah yang keemasan.

? Tun Beraim Bapa bersama para pengiringnya menuju ke istana.Sampai di pintu tani ,Tun Beraim Bapa mengarahkan Perman Isap dan Orang Tikar meminta kuda semberani daripada Dara Zulaikha Tingkap (Tun Derma Dikara). Walaupun sultan tahu bahawa kuda tersebut gila dan tidak pernah ditunggangi orang tetapi Sultan telah memberi keizinan.

? Sultan menyuruh Tun Beraim Bapa menunggangnya di hadapan Pendekar Keling . Tun Beraim pun memacu kuda yang gila,liar dan tidak pernah dikenderai orang itu lalu terbang sepantas kilat hingga ke Tukas. Sultan berasa hairan dan kesal kerana Tun Beraim Bapa telah hilang daripada pandangan.

? Namun dengan tiba-tiba Tun Beraim Bapa muncul semula dan kuda tersebut telah menjadi jinak .Sultan kagum dengan kebolehan Tun Beraim Bapa lalu mengarahkan Bermanat P.nti dan Maidana P.nti agar menyuruh Tun Beraim Bapa bersilat di hadapan ketua kelasi kapal dan askar pendekar dari Keling bagi menunjukkan ketangkasannya.

? Setelah memilih pedang dan perisai terbesar ,Tun Beraim Bapa pun bersilat dengan guru-gurunya seorang demi seorang .Pelbagai gendang mengiringi pertarungan tersebut.

? Apabila dilontarkan kelambir kotai maka diparangnya hingga terbelah dua. Sebelah terhantar di bumi penuh dengan airnya dan sebelah lagi ghaib entah ke mana.

? Kemudian dilontarkan pula pinang kotai maka diparangnya hingga terbelah dua. Sebelah terhantar di bumi penuh dengan airnya dan sebelah lagi ghaib entah ke mana.

? Selepas itu, dihunjamkan sebatang pokok pisang lalu dipancung oleh Tun Beraim Bapa dari atas ke bawah. Apabila angin bertiup maka rebahlah pokok pisang itu dalam keadaan terbelah empat. Begitulah hebatnya Tun Beraim Bapa bermain pedang.

? Selepas itu, sultan mempelawa pendekar Keling sama ada mahu berlawan dengan Tun Beraim Bapa.Para pendekar Keling yang melihat ketangkasan Tun Beraim Bapa terus pulang ke kapal dengan menundukkan muka berasa malu kerana tidak sanggup menentang Tun Beraim Bapa. Mereka terus belayar pergi.

? Berjayalah helah Sultan kepada para pendekar asing yang berniat jahat itu.Baginda sultan meminta Tun Beraim Bapa mengajak semua orang hulu sungai datang ke Tukas untuk diraikan dalam majlis jamuan.

? Pada suatu hariJumaat ,Tun Beraim Bapa bermain-main ke Pasai lalu masuk ke pagar istana.Baginda ternampak Tun Fatimah Lempau bergelar Temian Layangan mengubah bunga bersama-sama Dara Zulaikha .

? Tun Beraim Bapa marah kepada Tun Fatimah Lempau yang dianggap menipunya kerana bunga yang digubah bukan untuk dibawa ke masjid tetapi ke istana.Tun Beraim Bapa membatalkan niatnya mengejarTun Fatimah setelah bahunya terempuh pintu istana.

No comments:

Search Box

Blog Counter

Free Hit Counter