Friday, January 4, 2008

Puisi Moden/Sajak

TUKANG GUNTING

MAKSUD.

? Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang gunting di bawah sebatang pokok semarak api.
? Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting , sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah bangku berkaki tiga .
? Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan bersemangat.Semasa menunggu kedatangan pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman remajanya yang telah berlalu di samping memikirkan rancangan masa depannya .
? Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk menanggung seorang isteri dan empat orang anaknya .

TEMA.

? Kegigihan golongan bawahan mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.

PERSOALAN.

1. Suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
2. Kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba .
3. Keyakinan untuk menghadapi masa hadapan dengan pekerjaan sebagai tukang gunting .

BENTUK.

1. Lima rangkap.
2. Lima dan enam baris serangkap .
3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.
4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi. Contohnya: di lumpur sungai manusia ( pengulangan vokal ?u?)
2. Aliterasi. Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya ( pengulangan konsonan ?k?)
3. Anafora (pergulangan di awal baris ) Contohnya :di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia
4. Metafora. Contohnya : sungai manusia , perahu hidup .
5. Simile. Contohnya : seperti semarak api, begitulah semarak hatinya .
6. Personifikasi. Contohnya : menyikat remajanya , merapikan tuanya.

NILAI

1. Kasih sayang .
Contohnya, tukang gunting sangat sayang akan keluarganya hingga sanggup dia berusaha gigih mencari rezeki untuk menanggung kehidupan mereka.
2. Kerajinan .
Contohnya ,tukang gunting bekerja setiap hari walupun pendapatan tidak lumayan
3. Ketabahan .
Contohnya , tukang gunting tabah menhadapi pelbagai kesusahan hidup kerana pendapatan tidak tetap
4. Berdikari.
Contohnya , berusaha sendiri mencari nafkah dengan menjadi tukang gunting
PENGAJARAN

1. Kita mestilah berusaha mencari rezeki dengan melakukan apa - apa sahaja pekerjaan yang halal walaupun pekerjaan itu mungkin di pandang rendah oleh orang lain.
2. Kita mestilah melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan rajin kerana rezeki daripada kerja yang ikhlas akan diberkati oleh Allah .s.w.t.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan isteri dan anak -anak.

KEINDAHAN YANG HILANG

MAKSUD

? Keindahan dan ketenangan alam sekitar telah hilang akibat daripada pencemaran. Kawasan yang dahulunya menghijau dan damai dengan air sungai yang mengalir tenang kini hanya tinggal kenangan.
? Keadaan itu sangat menyedihkan penghuni alam yang dilambangkan oleh burung undan tua yang berbunyi lemah menandakan kesedihan hati.
? Melalui penguasaan teknologi, manusia mampu menjelajah ke angkasa lepas. Namun, manusia menjadi leka sehingga lupa untuk melindungi alam sekitar daripada pencemaran.
? Pemodenan yang tidak terancang akan memusnahkan keindahan dan kedamaian alam sekitar. Kini, alam sekitar dan sungai tidak lagi indah.

TEMA

? Keindahan dan kedamaian alam yang musnah dan tercemar akibat aktiviti pembangunan / pemodenan yang tidak terancang

PERSOALAN

1. Penerokaan kawasan hutan untuk tujuan pembangunan akan menyebabkan pencemaran dan seterusnya memberikan kesan buruk kepada kehidupan.
2. Kemusnahan alam sekitar menyebabkan generasi akan datang tidak dapat menikmati keindahan dan kedamaian alam.
3. Kemajuan ilmu dalam bidang sains dan teknologi yang menyebabkan manusia dapat mencipta pelbagai alat-alat moden hingga mampu meneroka ke angkasa lepas.

BENTUK

1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Dua hingga enam baris serangkap
3. Empat hingga tujuh patah kata sebaris.
4. Sembilan hingga 19 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonasi.
Contohnya; lesu berapungan di air lalu (pengulangan vokal ?u?)
2. Aliterasi.
Contohnya; renik-renik mengirai bulu carik (pengulangan konsonan ?r?)
3. Inversi.
Contohnya; erat bertaut cinta kasih (sepatutnya cinta kasih bertaut erat)
4. Metafora.
Contohnya; malam lara, menara kasih.
5. Personifikasi.
Contohnya; bulan tiada lagi mendandan wajah, malam hiba dadanya ungu luka, airnya bengis melanda.

NILAI

1. Kecekalan / Ketabahan.
Contohnya , hidupan rimba tabah menghadapi kesusahan hidup akibat alam sekitar yang menjadi habitat mereka telah tercemar.
2. Kebijaksanaan.
Contohnya, manusia mampu menguasai bidang teknologi sehingga mampu mengkaji pelbagai rahsia di angkasa lepas.
3. Keyakinan diri.
Contohnya, yakin dengan ilmu yang dimiliki, manusia mampu meneroka ke angkasa lepas.
4. Kesyukuran.
Contohnya, menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan berusaha untuk memuliharanya.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah merancang proses pembangunan supaya tidak berlaku kemusnahan alam sekitar.
2. Kita hendaklah menguasai bidang sains dan teknologi dan menggunakannya untuk kesejahteraan manusia sejagat.
3. Kita mestilah berusaha memelihara alam dan mengelakkan pencemaran alam.
4. Kita hendaklah cinta akan alam sekitar agar keindahan dan kedamaian serta habitat hidupan terpelihara
5. Kita hendaklah bersyukur kerana semua yang ada merupakan ciptaan tuhan

DI KOTA KECILKU

MAKSUD

? Ketika penyajak pulang ke kampung halamannya melalui padang Speedy dan terus ke Durian Sebatang , dia terkenang akan masa lampau.
? Di daerah kecil itulah penyajak mula menuntut ilmu bersama dengan teman -temannya. Ayah dan emak penyajak berkorban untuk menyekolahkannya.
? Penyajak melihat sekolah lamanya sudah jauh berubah.Di sekolah itulah dia pernah mendapat kejayaan yang cemerlang dengan mendapat pangkat 1 tetapi ayahnya yang mungkin kurang berpendidikan seolah-olah tidak menunjukkan rasa bangga dengan kejayaan itu.
? Penyajak sedar bahawa dia mula mengenal kehidupan di situ.Walaupun kini dia telah berpindah ke tempat lain, namun dia tetap menyimpan perasaan rindu akan tempat berkenaan.

TEMA

? Kerinduan terhadap masa silam yang penuh kenangan.

PERSOALAN

1. Pengorbanan ibu bapa memberikan pelajaran sentiasa dikenang oleh anak -anak yang tahu mengenang jasa.
2. Keakraban rakan sebaya pada zaman persekolahan akan senantiasa dikenang sehingga dewasa.
3. Pengorbanan guru yang mendidik anak-anak muridnya hingga berjaya.
4. Rasa cinta pada kampung halaman walaupun telah berhijrah.

BENTUK

1. Terdiri daripada 4 rangkap.
2. 6 baris hingga 8 baris serangkap.
3. 1 hingga 5 patah kata sebaris.
4. 2 hingga 11 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi.
Contohnya ; sesaat tiba di muka sekolah (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya ;di sini anak belasan tahun (pengulangan konsonan ?n?)
3. Pengulangan kata di awal baris.
Contohnya ;di sini aku pulang, di sini anak belasan tahun.
4. Sinkof.
Contohnya; kulewati kota kecilku.
5. Simile.
Contohnya ;detik itu datang bagai mimpi.
6. Inversi.
Contohnya; meski berubah pandangan (sepatutnya meski pandangan berubah)

NILAI

1. Kerajinan.
Contohnya , rajin dan gigih belajar hingga berjaya dalam pelajaran
2. Kasih sayang.
Contohnya, penyajak sangat sayang akan kampung kelahirannya , teman - temannya dan ibu bapanya yang telah banyak berkorban .
3. Kecekalan / ketabahan.
Contohnya , penyajak tabah menghadapi pelbagai rintangan untuk menuntut ilmu sehingga mampu mencapai kejayaan.
4. Mengenang jasa atau budi.
Contohnya , penyajak senantiasa mengenang jasa ibu bapa dan gurunya

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih menuntut ilmu sehingga berjaya
2. Kita hendaklah mengenang jasa guru dan membalas jasa ibu bapa yang telah mendidik kita menjadi insan berguna.

SEJARAH

MAKSUD

? penyajak menyatakan bahawa sejarah berlaku pada masa dan tempat yang tertentu dan akan berlalu apabila tiba masanya
? sejarah mencatat pelbagai peristiwa yang benar, termasuklah kisah kejatuhan pemimpin zalim / diktator yang pernah berkuasa.
? walaupun sesuatu kejadian semakin dilupakan tetapi sejarah yang telah berlalu itu menimbulkan kesedaran untuk membuat pertimbangan semasa membuat sebarang keputusan / dapat dijadikan iktibar
? walaupun sejarah (aku) dikatakan tidak penting tetapi sepanjang riwayat hidup , sejarah tetap berlaku.
? sejarah tetap akan merakamkan segala peristiwa sebab sejarah tidak dapat dihalang dan tidak akan menipu.

TEMA

? Sejarah yang tetap akan berlaku serta tidak boleh dihalang.

PERSOALAN

1. Sesuatu peristiwa yang berlaku akan kekal sebagai sejarah
2. Sejarah tidak pernah menipu atau berbohong
3. Peristiwa sejarah dapat dijadikan iktibar.
4. Manusia boleh melakukan perubahan untuk mencipta sejarah.

BENTUK

1. Terdiri daripada 5 rangkap.
2. 3 baris hingga 8 baris serangkap.
3. 1 hingga 6 patah kata sebaris.
4. 5 hingga 14 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Aliterasi.
Contohnya; kerana sejarah itu simpang siur (pengulangan konsonan ?s?)
2. Asonansi.
Contohnya; tapi detik ini maha penting (pengulangan vokal ?i?)
3. Pengulangan kata.
Contohnya; pada tempatnya,pada waktunya,pada ukuran keutamaan.
4. Metafora.
Contohnya; sungai marah,air peristiwa.
5. Sinkof.
Contohnya; kewujudanku.
6. Personifikasi.
Contohnya; batu pada sungai marah.
7. Inversi.
Contohnya; juga akan tenggelam (sepatutnya akan tenggelam juga)

NILAI

1. Ketabahan.
Contohnya , kita mesti tabah menerima sesuatu peristiwa,terutamanya peristiwa sedih.
2. Kebijaksanaan.
Contohnya , penyajak digambarkan sebagai orang yang bijak belajar daripada peristiwa sejarah.
3. Keberanian.
Contohnya , walaupun penyajak menganggap dirinya kerdil dan tiada kedudukan tetapi dia tetap berani berjuang menentang kezaliman.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengingati peristiwa bersejarah kerana kita dapat iktibar daripadanya.
2. Kita mestilah berusaha mencipta sejarah yang baik.
3. Seorang pemerintah hendaklah adil semasa memerintah.
4. Kita mestilah berani menentang ketidakadilan

DUHAI PENTAFSIR

MAKSUD

? Penyajak mencari pentafsir (pembimbing) yang dapat memimpinnya ke jalan yang benar
? Setelah penyajak semakin tua, dia mula insaf dan menyedari segala segala kesilapannya. Dia teringat segala dosa-dosa yang telah dilakukan semasa muda. Dia ingin bertaubat tetapi tidak tahu cara-caranya dan belum menemui hidayah.
Oleh sebab itu , kehidupannya penuh keresahan.
? Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat pendidikan agama yang cukup sejak kecil.
? Penyajak sedar akan keadaan dirinya yang semakin tua dan kekuatan fizikalnya yang semakin berkurangan. Dia berasa masa semakin suntuk, menyebabkan dia berusaha untuk mencari pembimbing secepat mungkin.

TEMA

? Orang yang kehilangan arah atau mencari hidayah setelah lama menikmati kehidupan di dunia ini

PERSOALAN

1. Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan .
2. Pentingnya ilmu agama dalam menjalani kehidupan di dunia .
3. Kesedaran untuk medekati Allah s.w.t setelah menyedari kejahilan diri dan insaf.

BENTUK

1. Terdiri daripada 5 rangkap .
2. 5 sehingga 9 baris serangkap .
3. 2 hingga 6 patah kata sebaris .
4. 6 hingga 18 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA

1. Asonansi.
Contohnya; dan aku telah terlalu lesu (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya di samping pusara mu yang sepi (pengulangan konsonan ?p?)
3. Pengulangan kata .
Contohnya; pentafsir sebenarnya telah lama ku cari pentafsir musim telah terlalu tua
4. Inversi.
Contohnya; dengan lusuh catatan mu (sepatutnya dengan catatan mu yang lusuh)
5. Metafora.
Contohnya ; racun keresahan lautan nota-nota mu
6. Sinkof.
Contohnya; suaramu yang sarat .
7. Personafikasi.
Contohnya ;angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku

NILAI

1. Cinta akan agama .
Contohnya ,penyajak berusaha untuk mendampingi Allah s.w. atau mencintai agamanya
2. Keinsafan.
Contohnya,penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah di lakukannya dan berazam mahu mengatasi segala kelemahan itu serta berharap akan mendapat hidayahNya .
3. Rasional.
Contohnya, berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan .
2. Kita hendaklah mempelajari ilmu agama sejak kecil lagi supaya dapat mengamalkannya atau menjadi penduan hidup sepanjang hayat.
3. Kita mestilah berusaha mengukuhkan semangat dan iman untuk melawan gejala negatif.
4. Kita mestilah mencari orang yang pakar dalam bidang agama untuk membantu kita kembali ke jalan yang benar.

DI RUANG GEMANYA

MAKSUD

? Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya tanpa berbelah bahagi terhadap negaranya dan senantiasa berharap agar negaranya akan mencapai kegemilangan.
? Penyajak telah berjuang semasa negara dalam keadaan kucar-kacir.Setelah melakukan pengorbanan ikhlas itu, dia sanggup menghadapi sebarang rintangan pada masa depan tanpa mengenal kecewa atau derita.
? Penyajak menganggap dugaan sebagai lumrah kehidupan dan dia sanggup berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai bentuk cabaran hidup.
? Penyajak berikrar untuk sama-sama berusaha menangani pelbagai cabaran yang melanda negara agar kegemilangan negara sentiasa terserlah.

TEMA

Semangat patriotik yang menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air .

PERSOALAN

1. Kesanggupan seseorang dalam perjuangan ke arah kegemilangan tanah air yang tercinta.
2. Kesukaran atau dugaan adalah lumrah kehidupan dan semua orang mesti menghadapinya dengan berani dan cekal.
3. Kesediaan memberikan sumbangan tenaga dan idea untuk menjamin tanah air sentiasa gemilang dalam pelbagai bidang.
BENTUK

1. Terdiri daripada 3 rangkap.
2. 4 hingga 17
3. 3 hingga 5patah kata sebaris
4. 5 hingga 11 suku kata sebaris

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi.
Contohnya; hampa dan derita (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya ; bakal kukongsikan hati (pengulangan konsonan ?k? )
3. Pengulangan kata.
Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku telah kupahatkan lelah umurku.
4. Sinkof.
Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku.
5. Simbol.
Contohnya ; kerikil dan debu bermaksud cabaran, dugaan atau malapetaka

NILAI

1. Keberanian.
Contohnya, berani berjuang dan berusaha untuk memajukan negara
2. Kejujuran / Keikhlasan.
Contohnya, jujur berjuang tanpa mengharapkan ganjaran
3. Cinta akan tanah air / semangat patriotik.
Contohnya , penyajak menumpahkan seluruh rasa setianya kepada tanah air.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersedia melakukan pengorbanan demi kemakmuran negara.
2. Kita hendaklah jujur dan ikhlas dalam usaha memajukan negara.
3. Kita mestilah mencintai negara kerana di situlah tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan mengecapi kejayaan dalam hidup.
4. Kita hendaklah berani dan cekal menghadapi pelbagai rintangan hidup. 5. Kita mestilah sentiasa bersatu padu dan bekerjasama.


No comments:

Search Box

Blog Counter

Free Hit Counter