Friday, January 4, 2008

Puisi Tradisional

PANTUN ENAM KERAT

MAKSUD

1. Rangkap 1 -
cita -cita harus diutamakan di samping berani menghadapi apa-apa sahaja masalah dan rintangan demi memenuhi hajat di hati.
2. Rangkap 2 -
bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi dianggap tidak berguna lagi begitulah juga halnya dengangadis yang sudah rosak akhlaknya .
3. Rangkap 3 -
usaha yang gigih amat penting untuk menambah harta atau untuk mencapai kejayaan dan alam dapat dijadikan panduan hidup.
4. Rangkap 4 -
kehilangan tempat bergantung harap menyebabkan kesusahan atau keadaan hidup yang tidak menentu kerana tidak tahu ke mana hendak mengadu.

ISI DAN PERSOALAN

1. Keberanian menempuh dugaan dan cabaran untuk mencapai cita-cita.
2. Orang yang rosak akhlaknya dianggap tidak berguna lagi.
3. Pentingnya kegigihan untuk mencapai kejayaan dan kesenangan dengan menjadikan alam sebagai sumber pengetahuan.
4. Kehilangan tempat bergantung menyebabkan kesusahan dan keadaan hidup yang tidak menentu

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN

1. Empat rangkap
2. Enam baris serangkap
3. Ada pembayang dan maksud .
4. Tiga hingga enam patah kata sebaris .
5. Lapan hingga sebelas suku kata sebaris .
6. Bentuknya terikat / tidak bebas .
7. rima akhirnya abcabc

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata yang indah .Contohnya; penakik pisau raut, setitik dijadikan laut
2. Bahasa kiasan .Contohnya ; telah patah tempat berpijak.
3. Perlambangan .Contohnya; bunga kembang sudah pun layu.
4. Sinkof .Contohnya; keris lembing aku tak takut.
5. Asonansi .Contohnya; jika tak maut merana juga (ulang vokal ?a?)
6. Aliterasi .Contohnya; telah patah tempat berpijak (ulang konsonan ?t?)

NILAI

1. Keberanian. Contohnya berani menempuh dugaan demi mencapai cita -cita.
2. Kegigihan . Contohnya gigih berusaha untuk menambah harta atau mencapai kejayaan
3. Berdikari .Contohnya terpaksa berusaha sendiri selepas hilang tempat bergantung.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran demi mencapai cita-cita.
2. Kita hendaklah berhati -hati sebelum terlambat.
3. Kita harus gigih berusaha utk berjaya .
4. Kita hendaklah tabah menghadapi sebarang dugaan hidup

PANTUN LAPAN KERAT

MAKSUD

1. Rangkap 1 -
seseorang yang mengharap kasih orang walaupun kecewa tetapi tetap bersyukur atas ketetapan Allah
2. Rangkap 2 -
segala rancangan yang sudah diatur dengan teliti sebagaimana yang dirancang maka hasilnya perlulah dinikmati bersama-sama / menghormati tetamu
3. Rangkap 3 -
menasihati sesiapa yang pergi merantau agar pandai membawa diri dengan memelihara pertuturan dan kelakuan kerana tidak ada saudara mara yang boleh diminta pertolongan

ISI DAN PERSOALAN

1. Bersyukur atas ketentuan Allah walaupun sekadar mengharap belas kasihan orang.
2. Bersatu hati dalam melakukan sesuatu agar semua yang dirancang elok dan sama-sama menikmati hasilnya/ tatatertib ketika menghadap hidangan
3. Perihal kebijaksanaan seseorang yang pandai menyesuaikan diri di rantau orang

GAYA BAHASA

1. Anafora (pengulangan di awal baris).
Contohnya;Tiada saudara tempat mengadu Tiada saudara tempat berunding
2. Personifikasi .
Contohnya; penganan mulia
3. Asonansi.
Contohnya ;Tampak dari tanah seberang (pengulangan vokal ?a?)
4. Aliterasi .
Contohnya; Berkejar-kejaran anak rusa (pengulangan konsonan ?r?)

NILAI

1. Kesyukuran .
Contohnya; bersyukur atas ketentuan Allah kerana mungkin ada kebaikan di sebalik sesuatu kejadian.
2. Simpati.
Contohnya; bersimpati terhadap orang-orang yang bernasib malang
3. Semangat bermasyarakat .
Contohnya ; berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
4. Kerjasama.
Contohnya ; tolong -menolong dan berusaha bersama-sama dalam menjalankan tugas.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersyukur atas ketentuan Allah tanpa menyalahkan takdir
2. Kita hendaklah menyesuaikan diri dengan bergaul dengan masyarakat apabila berada di rantau orang.
3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu agar kejayaan dapat dinikmati bersama-sama.

SYAIR JONG PECAH

1. Rangkap 1 - Syair ini disampaikan sebagai renungan kita bersama

2. Rangkap 2 - Pada zaman dahulu ,negara kita mempunyai rakyat yang bijaksana, gagah perkasa ,dan bersatu padu dalam keaadaan aman

3. Rangkap 3 - Walaupun ada musuh yang menyerang ,kedaulatan negara kita terjamin kerana rakyatnya bersatu padu

4. Rangkap 4 - Namun demikian, tiba suatu masa kedaulatan negara tergugat kerana rakyat bertelagah sesama sendiri hingga negara asing menjajah

5. Rangkap 5 - Penjajahan pun berlaku mengakibatkan maruah kita tercemar, sistem politik serta ekonomi runtuh dan kita senantiasa dilanda kesedihan

6. Rangkap 6 - Sepanjaang penjajahan selama 446 tahun ,kita kehilangan identiti , budaya dan maruah .

7. Rangkap 7 - Pahlawan silih berganti berjuang menuntut kemerdekaan , ada yang terkorban dan jasa mereka semakin lama dilupakan

8. Rangkap 8 - Sudah sampai masanya rakyat bersatu padu dan berkorban membebaskan negara daripada penjajahan

9. Rangkap 9 - Selama 33 tahun selepas mencapai kemerdekaan ,sudah banyak kejayaan yang dapat kita dicapai

10. Rangkap 10 - Kita mestilah hidup bersatu kerana perpecahan akan memberikan peluang pada orang/ negara lain untuk mengaut keuntungan .Negara pula mencatat titik hitam dalam lipatan sejarah

11. Rangkap 11 - Penyair berdoa semoga Tuhan yang Maha Pemurah dapat menganugerahkan keteguhan iman dan perpaduan supaya negara aman sepanjang masa

1. Rangkap 12 - Semoga syair ini dapat menjadi renungan kita bersama .Semoga bangsa kita bersatu padu dan negara kita senantiasa kukuh

ISI DAN PERSOALAN

1. Perpaduan penting untuk keamanan negara .
2. Kedaulatan negara tergugat jika rakyat tidak bersatu padu
1. Penjajahan memungkinkan negara kehilangan identiti , budaya ,ilmu dan maruah
2. Perpecahan menguntungkan pihak lain .

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

1. 12 rangkap
2. 4 baris serangkap
3. semua rangkap adalah maksudnya .
4. 3 hingga 5 patah kata sebaris .
5. 9 hingga 15 belas suku kata sebaris .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah . Contoh ;politik rebeh ekonomi rebah .
2. Metafora. Contoh ; setandus gurun.
3. Repitasi. Contoh ; bangkit pahlawan demi pahlawan
4. Perlambangan .Contoh ; hitamlah tanda dalam sejarah .
5. Anafora .Contoh ; entah di mana salah dan silap ,entah siapa lalai dan lelap .
6. Asonansi. Contoh ; negara dan bangsa menempa nama (pengulangan vokal ?a?)
7. Aliterasi. Contoh ; sebuah syair saya sajikan (pengulangan konsonan ?s?)

NILAI

1. Bersatu padu . Contohnya , mempertahankan kedaulatan negara
2. Cinta akan tanah air. Contohnya , sanggup berjuang serta berkorban untuk menuntut kemerdekaan negara

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersatu padu dan berkorban demi keamanan negara
2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada bersengketa kerana persengketaan akan meruntuhkan negara
3. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

SYAIR KELEBIHAN ILMU

MAKSUD

1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.

2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana saja.

3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi sahabat ,dan menjadi teman yang memberikan panduan semasa mengembara. Dalam masyarakat,ilmulah yang membezakan seseorang daripada yang lain .

4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan selepas seseorang itu mati atau menjadi bekalan di alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu.

5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala.Ilmu yang merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu seseorang mencapai cita-citanya.

6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang bijaksana amat ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangat luas dan tiada batasnya.

ISI DAN PERSOALAN

1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan .
2. Besarnya manfaat ilmu kepada seseorang .
3. Luasnya bidang ilmu tiada batasnya .
4. Pentingnya ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

1. Enam rangkap.
2. Empat baris serangkap
3. Semua rangkap adalah maksud
4. Empat hingga enam patah kata sebaris
5. Sembilan hingga dua belas suku kata sebaris

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi)yang indah .Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur.
2. Repitasi . Contohnya, hias senjata si polan si polan.
3. Perlambagan. Contohnya , kandil (bekalan)
4. Pengulangan kata sendi. Contohnya, di laut, di darat, di rimba, di pekan
5. Anafora . Contohnya , Ia penerang jalan ke syurga ;Ia pemuas tekak yang dahaga
6. Bahasa kiasan. Contohnya , Ialah sungai ialah telaga, laut yang luas ialah juga.
7. Asonansi. Contohnya , Ia pemuas tekak yang dahaga (pengulangan vokal ?a?)
8. Aliterasi. Contohnya , sebuah dunia belinya bukan (pengulangan konsonan vokal ?b?)

NILAI

1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut ilmu supaya dapat menjadi panduan dalam kehidupan
2. Kegigihan. Contohnya berusaha dan gigih menuntut ilmu.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu amat berguna sama ada semasa kita hidup atau pun selepas kita mati
2. Kita hendaklah menghargai ilmu kerana ilmu amat tinggi martabatnya
3. Kita hendaklah menggunakan ilmu untuk mencapai cita-cita.

GURINDAM MEMELIHARA ANGGOTA DAN HATI DARIPADA KEJAHATAN

MAKSUD

1. Rangkap 1 -Apabila dapat menjaga pandangan / penglihatan dengan baik, maka keinginan / kehendak melakukan sesuatu akan terbatas

2. Rangkap 2 -Apabila pendengaran kita terjaga , kita akan dapat mengelak daripada mendengar perkara yang tidak baik seperti fitnah dan kata-kata keji.

3. Rangkap 3 -Sekiranya seseorang itu dapat mengawal percakapan , dia akan mendapat kebaikan yang banyak.

4. Rangkap 4- Apabila dapat menjaga perlakuan atau perbuatan dengan baik maka perbuatan jahat dapat dielakkan

5. Rangkap 5- Hati ialah alat yang paling penting bagi seseorang .Hati yang kejam membawa kehancuran kepada seseorang.

6. Rangkap 6- Sekiranya perasaan dengki telah sebati dalam diri seseorang, berlakulah pelbagai perbuatan yang jahat.

7. Rangkap 7- Banyak orang yang dipandang hina kerana tidak berfikir sebelum bercakap ,sama ada percakapan yang menghina atau memuji seseorang

8. Rangkap 8- Kemarahan hendaklah dielakkan kerana akan mengakibatkan seseorang tidak dapat menggunakan akal fikiran / hilang pertimbangan

9. Rangkap 9- Percakapan yang tidak benar / berbohong hendaklah dielakkan kerana akan membawa keburukan kepada diri sendiri atau mendedahkan kelemahan diri.

ISI DAN PERSOALAN

1. Pentingnya memelihara penglihatan dan pendengaran untuk megelakkan kejahatan.
2. Sikap dengki membuka ruang untuk melakukan kejahatan yang lain .
3. Berkata kata tanpa berfikir terlebih dahulu akan merosakkan diri.

BENTUK DAN CIRI -CIRI GURINDAM

1. Sembilan rangkap .
2. Dua baris serangkap .
3. Dua hingga enam patah sebaris .
4. Lapan hingga empat baris suku kata sebaris .
5. Rima akhirnya aa.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi ) yang indah . Contohnya ;bertanah , tergelincir .
2. Pengulangan kata pada awal rangkap .Contohnya ;Apabila (Rangkap l,2dan 3)
3. Perlambangan. Contohnya; hati itu kerajaan di dalam tubuh .
4. Asonansi. Contohnya; khabar yang jahat tidaklah damping (pengulangan vokal ?a?)
5. Aliterasi.Contohnya ;nescaya dapat daripadanya faedah [pengulangan konsonan ?d?]

NILAI

1. Berhati-hati. Contohnya , berhati-hati sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Baik hati. Contohnya , elakkan perasaan dengki akan orang lain .
3. Kejujuran. Contohnya ,bercakap benar sepanjang masa.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memelihara pandangan mata daripada melihat perkara yang tidak baik
2. Kita hendaklah menjaga hati kerana hati adalah pengawal tingkah laku .
3. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada sifat dengki kerana sifat ini meyebabkan berlakunya kejahatan .
4. Kita hendaklah menghindari sifat marah kerana marah akan menyebabkan hilangnya pertimbangan yang waras .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada suka berbohong kerana berbohong akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

SELOKA PANDAI PAK PANDIR

MAKSUD

? Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri , sebaliknya menyanjung orang luar.

? Pak Pandir membuat kerja yang sia - sia dan merugikan .

? Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin . Sebagai akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta kecuali dirinya sendiri.

? Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-siakannya

? Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya hingga orang boleh terpedaya

? Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan apa-apa hasil, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau meneima akibatnya .

ISI DAN PERSOALAN

1. Kebodohan merugikan diri sendiri .
2. Sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari kemampuan diri.
3. Sikap tamak membawa rugi.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA

1. Tujuh belas baris .
2. Tiga hingga patah sebaris .
3. Tujuh hingga sepuluh suku kata sebaris .
4. Bentuknya bebas .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.
2. Anafora. Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram
3. Sinkof. Contohnya : tak sedar bertelanjang.
4. Peribahasa .Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
5. Paradoks. Contohnya: kucing diburu tikus dibela
6. Repitasi. Contohnya. orang berbunga dia berbunga
7. Asonasi. Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokul ?u?)
8. Aliterasi. Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan ?g?)

NILAI

1. Rasional. Contohnya ,berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.
2. Berhati-hati. Contohnya, berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah.
2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti
3. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan merugikan diri sendiri.
4. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu,lazimnya tersembunyi niat yang jahat.
5. Kita hendaklah teliti dalam menghadapi kerenah manusia kerana sesetengah manusia hanya berpura-pura baik di hadapan kita tetapi sebaliknya dia berniat serong atau jahat


No comments:

Search Box

Blog Counter

Free Hit Counter